28 December 2009
it's end here before 50th
sehingga cahaya bersinar kembali
pengembaraan mencari 'aku' yang dulu
akan bermula
bertekad untuk melakukan yang terbaik
mencabar batasan diri
di sini ia berakhir
di sini ia bermula !!
27 December 2009
is a day with history
mungkin salah satu daripada hari teristimewa dalam diri
sekadar bersyukur
tetapi x mengharapkan apa2
swing like a pendulum !!
ada yang angkat tangan
ada yang cuak
ade yang menyorok
ada yang dipilih
ade yang sebab tanya soalan ( kes terkecuali )
aku cuak
aku menyorok
aku xnak dipilih
aku cuba lari
tapi xbleh
dan aku xnak
kerana ia tanggungjawab
tetapi aku taw siapa diri aku
bukan merendah diri
bukan juga berbangga diri
aku pernah jatuh
aku pernah bangun
ia resam kehidupan
laluinya baru anda boleh bercakap mengenainya!!
it is a wonder to try!!
kamu hendak bersuara
tapi xdapat
aargh!!
meronta2
tapi masih xdapat
seolah terdapat dinding batu
yang sngat tinggi
yang tiada penghujung
buntu
tiada jalan penyelesaian
terduduk
termenung
berfikir
patutkah
aku mlangkah ke belakang
atau patut diteruskan
seolah2 diberi pilihan
yang hasilnya
tidak pasti
aku mengharapkan ade tangan yang menyambut kesusahan aku
tetapi nampaknya aku keseorangan
sedih??
x
aku cuba mengubah sejarah
dengan tangan aku sendiri
dan tidak mengharapkan apa2
sekadar mengambil risiko
negatif atau positif
bergantung kepada interpretasi masing2!!
25 December 2009
tidak cukup sekadar berkata-kata
kerana itu adalh sebahagian drpd tuntutan agama
kerana ia memberi manfaat
yg bukan sedikit...tetapi BANYAK..!!
tetapi ada yg xcukup
yup..
sekadar mengaji shaja tidak mencukupi
kenape xcukup..??
tiap2 kali lepas semayang
kite mengaji kan..
tetapi adakah kite faham ??
adakah kite menghayatinya ??
sesetngah dripada kita tergesa-gesa untuk menghabiskan
sehingga tersalah sebut
sesetngah daripada kita tidak tahu membaca dengan betul
tetapi malu bertanya
sesetengah daripada kita tahu merujuk daripada Quran untuk mempertahankan pendapat
tetapi sebenarnya tidak diamalkan
sekadar ayat2 manis yg keluar daripada mulut
sesetengah daripada kita lebih suka mendengar orang lain mengaji
dan memuji mereka bahawa alunan mereka sangat merdu dan sedap didengar
tetapi mereka tidak sudi mendengar dan memuji suara mereka sendiri
kite sentiasa berbangga apabila mengatakan bahawa agama kita adalah Islam
seperti kita berbangga apabila kita berjaya melakukan sesuatu
tetapi ia masih belum mencukupi
hanyalah separuh jalan
mungkin tidak sampai pon
ibarat sekelumit pasir di tepi jalan
tidak mendapat perhatian langsung
tidak dihiraukan orang
dan ia xkkan pernah cukup
tetapi kita boleh maju
walaupun dengan hanya selangkah
walaupun dengan hanya merangkak
tetapi kita hanyalah manusia
semua diatas adalah pengalaman aku sendiri
dan pernah dilakukan
aku malu dengannya
tetapi aku xmalu mengakuinya
malu biar bertempat
dari malu kita belajar
dari malu kita menangis
dari malu kite tersenyum
- peringatan untuk diri sendiri -
22 December 2009
berbunga-bunga!!
da lame sejak last post
tapi mase berlalu dengan pantas kan?kan?
dah bermula sem 2
tahun 2009 semakin hampir meninggalkan kite semua
tahun 2010 datang menghampiri kite semua dengan harapan yang tidak pasti
aku pasti korang semua ade azam baru
apa azam itu
terpulang kepada korang...=)
ade orang pernah kate
"bahasa kamu berbunga-bunga"
aku cuma mampu tersenyum je la
aku xmenganggap itu sebagai pujian
bukan juga sebagai kritikan
skopnya sangat luas
mungkin aku yang berfikiran terlampau rumit
benda kecil hendak diperbesar-besarkan
tetapi aku ambil yang positif jew
sebab
"setiap benda yang jahat itu sebenarnya berasal dari kebaikan"
dan kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan
dan aku gunakan elemennya di dalam benda yang negatif mesti ade yang positif
tetapi tidak berguna sekadar bercakap sahaja
atau sekadar tulisan di dalam blog
aku rase aku lagi banyak bercakap daripada mempraktikkan
boleh kew aku mengatasinya
boleh
jalan penyelesaian adalah banyak dan tersedia untuk dipilih
tetapi persoalannya
dapatkah aku menyelesaikannya
yakinkah aku?
sanggupkah aku mengambil risiko?
nak mengubah diri bukan senang
tetapi aku tidak rasa benda itu adalah mustahil...
dan boleh dilakukan
insyallah..
27 November 2009
~ gagal 1x lebih baik daripada berjaya 2x ~
~ homer simpson , tepulang samada nak ikut ape yg die cakap kat atas tuh ;P ~
pernahkah korang dengar "kegagalan pertama kali akan membuahkan kejayaan kedua kali"
xpernah kan?kan?
sebab aku yg reka benda tuh
kenape aku ckap macam tuh..adakah aku ini seorang yang gagal ??
jawapannya adalah pernah dan mungkin
dan kegagalan adalah satu lagi elemen yang xdapat dipisahkan daripada kehidupan seorang HAMBA ALLAH S.W.T
rasional , untuk menguji hambanya dan juga tanda bahawa Allah S.W.T sayang kepada hambanya..
dulu , aku selalu percaya bahawa aku ini seorang yang akan sentiasa berjaya
kenape ??
sebab aku berjaya lompat kelas...cetek kan fikiran aku mase tuh
tapi aku mengantoikan UPSR aku...aku rase pepriksaan UPSR itu satu lagi titik penting dalam kehidupan aku sebab di situlah aku mula sedar ape makna kegagalan
fuuh..sngat perit , aku rase 'loneliness' sangat...maksud aku , aku rase aku bodoh sngat sebab xdapat 5a...satu lagi kecetekan fikiran aku
jadi , masuk2 je skolah menengah , aku terus bertekad untuk merubah diri aku menajdi insan yang lebih baik ( skema punye ayat )
dan keadaan menjadi lebih baik~~tapi tentunya ade gak kegagalan ( XDAPAT DIPISAHKAN )
tetapi aku sedar yang kegagalan tu mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih matang fikirannya ( maksud daripada kurang baik kepada baik sedikit , belum lagi menjadi orang yg berjaya )
pernah dengar Karpal Singh mengulang sebanyak 10 kali ??
memanglah semacam satu motivasi kan..tapi jangan pulak kite fikir kena mengulang banyak kali sebelum kite berjaya
BERUSAHA SEHABIS BAIK
ooh.. benda macam ni nampak macam masalah kecil jew...memang betul sebenarnye..,tetapi kalau kite besar2kannya dan terlampau fikir2kannye....
BOOM..tekanan terhadap diri kite
jadi , tekad kan diri dan buat yang terbaik dan disamping itu 'chill' kan hidup anda
"A failure is a man who has blundered, but is not able to cash in on the experience"
sekali lagi kate2 manis Elbert Hubbard
~ aku pernah merasai kegagalan , banyak kali dan aku rase mungkin banyak lagi akan datang , tetapi aku yakin banyak juga kejayaan kan datang kepada aku , dengan syarat BERUSAHA ~
26 November 2009
~ lembu tersenyum ~
~ spanjang hidup aku , xpernah agi melihat lembu snyum camni
tetapi sape tahu kan? kan? ~
esok hari raye Aidiladha..
tadi tengok Buletin Utama , temuramah kat kawasan banjir kat Kelantan..
soalannye adalah camne persiapan raye ??
"sdeh a , anak sedaro balek...tapi xleh wat gapo a ,lembu xtahu pah mano"
-lembu hanyut dibawa arus air -
kat kampung aku pon same...banjir sket ,naseb baek xnaik sampai ke dalam rumah
esok braye kat sane lo...
cerita pasal ibadat korban nie
teringat kat satu fakta bahawa aku ni takut tengok darah~~
lebih2 lagi kalau tengok lembu kena sembelih ( memang tiap2 tahun akan tengok )
tapi aku tetap rase pening lepas tengok
detik yg x sampai pon 15 saat tapi boleh membuatkan aku pening satu hari
camne la , kalau aku yang jadi lembu tu..
sanggupkah aku ??
dan korban ini bukanlah sekadar menyembelih lembu dan membahagikan dagingnya sahaja
ia adalah sesuatu yang boleh juga dilihat dari sudut yang lain
dan aku lbih melihat kepada pengorbanan ibu bapa untuk menjaga anaknya
dan ia bukan skadar kate2 manis yng sedap untuk didengar je
sepanjang aku membesar ( xmungkin tanpa ibu bapa yg baik )
aku dapat tengok sendiri bagaimana bersusah payahnya ayah mak aku membesarkan aku
rase gembira pon ade , sdey pon ade , bercampur baur laa~~
kadang2 aku ade gak mempersoalkan tindakan / nasihat mereka ( jiwa muda la konon..hehe)
tetapi last2 memang betul dan untuk kebaikan aku gak
mungkin xde kena-mengena dengan raye Aidiladha tetapi bagi aku itu adalh PENGORBANAN YANG MULIA....same juga dengan pengorbanan lembu tadi..
~kalau kite sakit hati ngan mak kite , cube bayangkan kesakitan mak kite semasa melahirkan kite , tetpi jangan tanye die ~
p's - selamat hari raye Aidiladha walau di mana korang berada~ ^.^
~ N.I.P ~
~ this is when 'nothing is impossible' is applicable ~
25 November 2009
~ nostalgia kembali dengan berjalan kaki ~
~ aku berjalan ke sekolah rendah setiap hari
x merungut , cuma rindukannya ~
tadi pergi ke bandar Jerteh dengan member..
die nak datang ambik..tapi entah , ari ini rase nak berjalan kaki lak
jadi kol die.."ko pergi dulu ae"
jadi , pakai selipar dan ape lagi , mulakan langkah laa~
tetiba baru aku teringat dah lame x berjalan kaki di kampung aku sendiri
maksud aku , DENGAN BERJALAN KAKI LAA ---dengan kenderaan , sudah kerap sangat..huhu
last mase form 3 kowt
banyak perubahan yg da berlaku
- parit yg dulu aku bleh lompat dengan mudah , sudah x terjangkau
- dulu jalan bertar tiade , sekadar tanah merah ..sekarang sumer bertar
- kawasan hutan kebanyakan da hilang , digantikan dengan taman2 perumahan
ade lagi , tapi xkkan nak citer sumer...
jumpe cikgu lame tengah menyidai kain
tegur ae...sebab die,sejarah aku A...die sihat ,alhamdulillah
jalan la sampai tempat menunggu teksi
tunggu lbey kurang 10 minit , smpaila sebuah...
model merc lame..tapi masih mantap
dengar die berceloteh dalam teksi tu rase nak tergelak pulak
naseb baek die sporting dan ceria
pastu sampai la Jerteh , aku hulur rm1.50
die kate 2 ria la , ooo...da naek harga rupenye
member aku da sampai daa
kitaorang pi minum air dulu
lepak2 kat bandar ni
bukan senang nak jumpe kat sini taw
skarang ,terase lak kecilnya bandar Jerteh ni berbanding Kuala Lumpur..(MEMANGLA)
maksud aku , tiada ape2 kelebihan la~~
tetapi aku tetap sukakannya
bahkan aku rase berbaloi berjalan kaki tadi
mengimbas memori lama , sambil2 merancang mase depan
boleh ke ia dilakukan sekaligus..??
aaaa..mungkin boleh, mungkin tidak...tetapi aku YAKIN boleh , Insyallah ^.^
"If you talk or say something "
after you think about it
this is not a success.
If you think and talk or say something
this is you success of your life.
p/s : gmbar diatas merupakan gambar yg diambil siang tadi~
24 November 2009
~ lompat si katak lompat ~
~ aku lompat tetapi aku xjatuh , bukan bernasib baik
ok,ade nasib tetapi tanpa usaha mungkin aku dah patah tulang sebab jatuh dari
tempat tinggi ~
"it was the best of time , it was the worst of time"
aku rase 'idiom' ini sungguh menarik..
tetapi ape yg menyebabkan aku rase 'idiom' ini sungguh menarik ??
sebab ade 'worst of time'..,jadi sepatutnya ia x menarik kan..
tetapi aku tetap rase ia menarik..hurmm...
hurmm skali lagi...:0
mungkin aku teringat kat skola lama kowt...
tempat jatuh , juga tempat membesar beta..:P ( belajar erti susah )
mungkin aku teringat kat zaman asasi kowt..
tempat aku belajar erti hidup , juga tempat aku memperbaiki diri aku ( sebenarnya bukan kat sini ja...tapi di setiap tempat )
mungkin aku teringat mase mula2 aku lompat kelas dulu kowt...( ni satu titik penting dalam hidup beta )
tetapi sebenarnya , kebanyakan yg aku nyatakan di atas tu 'the best of time'
tetapi ada bahagian yang 'the worst of time'
sudah tentu ada , walaupon sedikit sebab IA MEMANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN
tetapi itu yang menjadikan kehidupan kite ceria sebenarnya
'ape yang cerianye kalau ade bahagian yang sedih ??'
jawapan untuk soalan itu amat susah
tetapi bagi aku..
ia bergantung kepada diri kite sebenarnya sebab itu realiti kehidupan
'life is hard rite...but we can change it..how??'
DEPENDS TO YOURSELF~~
oh ya ,'idiom' tadi tidak berhenti setakat itu je
sambungannya adalah
it ws the age of wisdom, it was the age of foolishness
it was the epoch of belief, it was the epoch of incredulity
it was the season of Light, it was the season of Darkness
it was the spring of hope, it was the winter of despair
we had everything before us, we had nothing before us
we were all going directly to Heaven, we were all going the other way
- charles dickens -
~kegagalan sebenar adalah apabila kite telah mengaku kalah dan enggan bangkit semula~
~ ayah n mak sayang anak..anak pula..?? ~
~ gambaran kejar-mengejar yg lansung x menjadi :)
ibu bapa yg baik xpernah berbohong kepada anak2
cuma anak2 je akan buat samada dalam sedar atau tidak sedar~
skarang adalah musim hujan
jadi adalah perkara biase kat kampung aku kalau budak2 kecil mandi kat parit atau mana2 air yang melimpah ke atas jalan
adakah mak dan ayah diorang x marah ?? ( jawapannye mestila MARAH )
tapi sebab ape diaorang terlepas gak
adakah mak dan ayah diorang x larang ?? ( jawapannya siap main KEJAR-MENGEJAR tuh )
NOTA SELIT : peristiwa kejar - mengejar tu disaksikan secara 'live' kerana berlaku di depan rumah aku :) xtaw nak cakap ia melucukan atau memalukan tetapi aku tergelak tengok gelagat diorang..hehe,soey....
tapi bile tengok diorang , same macam aku tengok mase silam diri aku sendiri sebab aku pon 2 kali lima jew...asyik kena kejar dngan rotan jew..
bile dah besar baru nak sedar diri..haha ( mak aku slalu cakap nieyh...^.^ )
berbalik kepada perkara pokok...
mak ayah dah larang , tetapi si anak tetap bwat...kenape ek..??
kalau ikut pengalaman aku , 'sebab saing abe ajak' , 'uje staun skali jah'
'sebab saing abe ajak' : member abang ajak
'uje staun skali jah' : hujan turun kadang2 jew..
PIAPP..memang knpem kena ae....( naseb baek parut die da hilang..:p)
tetapi aku tengok situasi ni juga terjadi kat anak2 remaja yang sepatutnya dah boleh berfikir dengan lebih baik darpada anak2 kecil tadi...
adakah mak n ayah x larang..?? ( konpem LARANG nyer : subjektif gak utk sesetengah keluarga )
well , kalau emak n ayah dah jalankan tanggungjawab diorang , di mana pula tanggungjawab kite..??
kite dah sedar tanggungjawab kite kan?kan?-
tapi jawapannye,kite sndiri gak yang tahu...
so , jalankannya , bukan menangguhkannya
apepon , hidup ni kena enjoy gak , sbb kalau xe enjoy , kite akan bersedih
"the best way to prepare for life is to begin to live "
smartly said by Elbert Hubbard , ahli falsafah Amerika
- amat mendalam maksudnya -
~ kite ade pengalaman bukan , so belajar daripada pengalaman itu
kalau dalam teater , improvisasikan diri anda ~
22 November 2009
~ warna-warni kehidupan ~
~ ade ke penunjuk laluan ke arah "pengalaman" ?? ~
ade satu kisah
aku rase kebanyakan orang yg pernah skola asrama pernah mengalami benda ni ( termasuklah aku skali )
lokasi : kafe berdekatan pintu pagar sebuah skola di bumi Malaysia ini
masa : petang , lbey kurang kol 3
citenyer bermule dngan
" seorang ayah datang untuk melawat anak keduanya yang tengah menghadapi antara" peperiksaan terpenting dalam hidupnya , sebab ia akan menentukan halatujunya selepas ini ( kat sini , halatujunya bukan lagi skola ek...)
turut ikut serta , abang serta 2 orang adik nya..
semase mule2 sampai , biase la , kena bwat announcement dlu...
slepas menunggu lbey kurang 15 minit , barula sampai ,die kelihatan ceria...dpat jawab dengan elok kowt..Insyallah
selepas itu ,keluarga itu pun mula berbual2..si ayah bertanya khabar kepada anaknya , si abang sibuk mengacau adiknya yang kekurangan masa bertemu seiring dengan umur yang semakin meningkat..:(
tetiba , si adik mengadu sebab roomate-nya pergi bwat cite kat member2 yg lain sebab salah sangka si adik naik angin ( cite orang pompuan )..hermmm ,
si abang kate , " biase a tu , hidup kat asrama "
si adik bongsu plak berkate " pergila pukul budak tuh "(wah , ganasnye die nie..:),huhu)
bagaimana dengan si ayah ...??
si ayah berkate " ini benda kecil je.."
ahli2 kluarga lain " BENDA KECIL ?? "
si ayah " ho la , ingat x skang mung ado exam ..??...lupakan benda kecil tu ,fokus kat benda yg lebih penting sebab ini utk mase depan "
" lagipun , mung kena blajar bertolak ansur dengan roomate mung , tidak salah kalau kite mengalah , xbermakna kite tidak benar , tetapi , cume ingat prioriti mung loni "
wah , sangat bernas kata2 si ayah..^.^
si abang pon teringat sebab die pernah mengalami benda yg sama
~ sesetngah benda kite perlu blajar sendiri dengan usaha kite ,
kite kena mengalami sendiri perkara tersebut baru kite akan faham ~
~ saintis ~
bila bercakap pasal muzik , aku ini seorang pendengar yang liberal , maksudnya aku boleh dengar semua jenis muzik dan lagu tapi aku bukan penerima yang liberal , maksudnya tidak semua lagu dan muzik yang popular aku suka...
berhenti membebel , untuk post ini , aku senaraikan pemuzik dari luar negara~
~ coldplay ~
-ade orang cakap band ini boleh membuatkan orang tertidur pasal lagunya yg mendayu2..
-ade orang cakap vokalis band ini suaranya macam orang selsema yg syok nanyi karaoke..
-tpi aku suke band ini sebb lagu die best..tu je
-lagu pertama yg aku dngar adalah "the scientist" , memang mase tuh , aku dah terpikat a ngan band nie...
-pastu clock , yellow , in my place , fix you dn hampir semua lagu la...
-stakat ini , band ini ade 4 album , parachutes , a rush of blood to the head , x n y ,viva la vida
-muziknya sangat jujur dan tidak berpura2...
-sesetengahnya merefleksikan kehidupan sebenar aku pada sebilangan masa
~ dengar2 gak , tapi jangan taksub ~
21 November 2009
~ xsuke tapi xsuke ~
tapi lupe kat mane aku letak ~
oo..skang ade gap seminggu untuk bwat ape2 aktiviti yg aku suka...
pastu 2 minggu utk PALAPES...kali ni kat Kota Tinggi , Johor
latihan khemah tahunan~
sebenarnye , aku xberape nak minat benda2 camni sebab ia mengingatkan aku kat skola lama aku iatu RMC...
dan kebenaranny ,aku pon xbape nak minat skola kat situ
tapi ,aku sedar akan sesuatu benda iatu
"xsemua benda yg bagus kite akan suke"
sebagai contoh , ambil yg paling mudah n dekat dengan kite ,
'makan sayur'
walapon dah berjuta2 kali mak kite suruh makan , atau da berjuta2 kali kite bace faedah makan sayur dalam buku(sudah tentu bukan Kreko)....tapi kite masih xsuke makan sayur..kan?kan? (terutamanya tuan empunya blog)
begitu juga dengan aktiviti yg aku join ini...~
aku xsuke tapi masih buat...sebab
~ dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu ~
( Al - Baqarah : 216 )
aku ambil yang positif jew , yg negatif aku tinggal kat belakang..
well , it's not easy though...( it's true, depend to us how to manage it)
tapi , gagahkan diri je la , hidup ini panjang lagi(insyallah)- sebab, mane la kite taw pasal hidup kan?kan?
"how we did it? no where no book no man will teach u how. find out yourself and be a better survivor in a sea of sharks!"
form five aku pernah cakap kat aku benda ni dulu
12 November 2009
~ ........ ~
11 November 2009
~ bile aku pulang ke rumah ~
~ saye akan senyum apabila saye mendengar orang2 yang saye sayang kol , dan 5 orang daripadanya adlah keluarga saye ~
sekarang berada di rumah kesayangan di Besut
udara di rumah ternyata berbeza dengan udara di tmpat lain ( didefinasikan mengikut interpretasi masing2 ek )
tetapi aku sangat menyukainya
sebab :
- aku dapat jumpe ngan keluarga aku...
- aku dapat jumpe ngan member aku
- aku dapat makan nasi dan lauk2 yang dimasak oleh emak aku ngan makan sekali ngan ayah aku ditemani adik2 aku ( kecuali adik no 2,sebab die tngah fokus utk SPM n die skolah asrama )
- aku dapat beron9 di umah ( susah a sejak 3-4 taun ni , asyik berulang alik jew )
- aku dapat tido kat umah ( tempat yg paling mudah untuk aku tertido ,even kalau aku baring atas lantai pon da tertido da )
- aku dapat tengok tv dengan kuasa remote kat tangan aku ( sejak 3-4 taun nie ,tv pon aku da jarang tengok )
- aku dpat semayang berjemaah ngan orang kampung ( diorang mudah mesra n aku suke berbual dengan diorang sebab banyak nasihat yg diaorang bagi kat aku )
- aku dpat berbual2 ngan adik aku n usik2 mereka..:)
apepon ingat benda nieh
"No matter what you've done for yourself or for humanity, if you can't look back on having given love and attention to your own family, what have you really accomplished?"
seingat aku , diucapkan oleh lee lacocca
~ ingat dari mane asal-usul kite same maksud dengan ingat siapa keluarga kite , dan hargai mereka ~
08 November 2009
~ aku nak sentiase senyum macam kucing itu ~
"kalau setiap daripada korang senyum ,
memang akan jadi cute cam kucing ini"
-lovely and adorable-
~esok last paper untuk final exam UKM FUU sem 1~
English For Law adalah subjek bertuah itu....napelah pengurusan pergi letak paper nie sebagai paper last...tapi kalau dilihat dari sudut positifnya , bley la nak berehat sket daripada sesuatu yang kite panggil stress...
yup,stress itulah topik untuk hari Ahad , cuti umum bagi Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya . Ape itu stress , stress di sini bukan bermaksud penekanan terhadap sesuatu ek...stress di sini bermaksud tekanan atau boleh la juga dikatakan sebagai penderitaan.
kenape aku tetiba berminat dengan benda stress nieyh...aa,ini kerana stress ini berkait rapat dengan status kite sebagai mahasiswa.
"sesiapa yang cakap die xpernah alami stress , itu penipuan paling besar yang pernah dibuatnye"
aku cakap camtu sebab kite memang akan mengalami keadaan ini , bukan sebab kite mahu atau tidak mahu tetapi disebabkan proses ini diperlukan dalam proses untuk kite menjadi lebih tekad dan matang..
apepon,setiap orang mempunyai cara masing-masing untuk mengendalikan tekanan yang dialami...sebagai contoh , kalau aku tertekan , aku akan pergi telefon member aku ,pastu ajak die pergi pantai yang memang tidak jauh daripada rumah aku dan lepak kat situ sampai benda 'tekanan' itu hilang...tetapi,kadang2 sampai member aku plak naik stress dengan aku...huhu
tetapi selalunya , aku kembali kepada Nya kalau aku betul2 menghadapi tekanan sebab aku rase memang itu sahaja cara yang terbaik...( jangan menginterpretasikan 'kembali' sebagai meninggal ek )...member aku plak akan bawak aku pergi mandi kat air terjun jika die plak yang stress...kirenye 'give and take' la ni...
" the three grand essentials to happiness in this life are something to do , something to love and something to hope for "
kate2 mamat bernama Addison
~ aku stress xbermakna aku x gembira ~
n kalau korang ade cadangan untuk tangani tekanan yang lebih menarik dan berkesan , dipersilakan komen kat blog saye yg x seberape niey...^.^
07 November 2009
~ betapa berharganya unit Second dalam hidup kite ~
~ kalau masa betul2 terbang seperti di atas
kite xkkan hiraukan masa tetapi sebaliknya,kite akan gelak ~
masa memang sangat pantas bukan..??
pakai bmw z4 belum tentu dapat kejar seminit yang terlepas...
bercakap pasal masa , aku dah semakin hampir untuk menamatkan semester pertama aku di UKM . Tinggal lagi beberapa hari jer , maka cabaran yang makin susah akan menunggu aku di sem 2 . Tapi xpe , aku sngat suke akan cabaran sebenarnye , sebab aku akn menjadi sngat slow dan lembap jika aku xbwat pape....
bercakap pasal masa gak , slah satu sifat masa yang paling aku xsuka adalah masa ini nampak macam lambat tapi agak pantas sebenarnye . Aku sentiasa tertipu dengan sifatnye yang satu ini . Sebagai contoh , gap mase antara zuhur dengan asar lame kan..??tetapi kalau kite xsemayang zuhur taim tuh , maka kite dah ketinggalan dan tertipu oleh masa . sebab , masa x tunggu ,masa sentiasa bergerak.....
begitu juga dengan zaman2 sekolah dulu , aku sngka 5 tahun itu lama , dan tengoklah , sudah 7 tahun sejak aku kate camtu , pejam celik adalah amat membantu dalam hal ini...huhu
tetapi walaupun masa itu pantas , xbermakna kite kena ikut rentak masa , nanti kite pula yang jadi xtersusun dan berterabur . maksud aku ,cuba menikmati masa dan menggembirakan diri orang lain dan diri kita supaya kita tidak menyesal apabila kite melihat ke belakang.....aku selalu mengamalkan benda ni , tetapi aku hanya manusia ,so banyak benda gak aku terlepas n menyesal , cume aku harap aku xulangi lagi kesilapan yg sama
"Don't say you don't have enough time. You have exactly the same number of hours per day that were given to Helen Keller, Pasteur, Michaelangelo, Mother Teresa, Leonardo da Vinci, Thomas Jefferson and Albert Einstein"
wisely said by H.Jackson Brown
~ belajar menguruskan masa dulu sebelum kite menguruskan benda lain ~
05 November 2009
~ buat jahat jangan sekal i~
kalau korang jumpe hanset dalam toilet..
hanset itu model sony ericsson , masih lagi baru ,siap ngan casing ori agi...
first impression aku adalah terkejut
sebab tetiba plak ade hanset dalam toilet kan..??
cam nak kena prank pon ade..tapi aku rilek jew...oh ya , lokasi toilet itu adalh dekat dengan Pusanika yakni lebih tepat lagi dekat dengan surau PTSL (perpustakaan tun seri lanang )
aku ambil hanset tuh...sebab taim tuh ramai gak orang tengah sembahyang zuhur..,aku tunggu sampai mereka habis sembahyang...pastuh aku tanye mereka..tapi xde orang mengaku..
pelik...tapi aku sabar , aku tunggu jew kat situ..sampai ada seorang pakcik datang kat surau tuh dan tanye seorang budak lelaki yang duduk kat sebelah aku....die tanye pasal hanset die yang hilang
aku pon kate "ni ke hanset tuh ,pak cik"............jawapannya adalah ya , aku pon kate "nah , ambillah hanset nih"
ape2 yg terjadi lepas tuh xpenting...
sambil aku berjalan pergi...aku berfikir , adakah tindakan aku ini akan dilakukan oleh orang lain , jika ya, alhamdulillah.....dan aku memang berharap ya....tetapi bagaimana jika tidak..??
wallahualam...
bagaimana kalau aku blah dengan hanset itu tadi....pakcik itu mungkin tidak tahu...
tetapi , taim aku pegang hanset tuh , aku rase sungguh xselesa , gelisah sebenarnya...
pelik ,mungkin aku masih terpelihara daripada membuat dosa..aku sngat2 bersyukur dan merasa sangat terpelihara oleh-Nya...
~ aku rasa bersyukur sangat ~
04 November 2009
~ terima kasih ~
~ ade setengah orang cute apabile die menangis,
setengah orang lagi lawa apabile die menangis ~
~ kepada hati itu oleh letto ~
memblogging dalam bilik ini ada dua kelemahan
pertama , aku akan mudah tertidur
kedua ,aku akan susah terbangun
sama juga keadaannya bila aku belajar , fokus aku mudah lari ...kadang2 komik , game , lepak bilik member , dan tidur....
tetapi ade sorang member aku ini berjaya memberi motivasi kepada aku untuk study
selain dari mak dan ayah aku dan adik beradik aku ,ini kali pertama aku terasa bermotivasi daripada orang lain
jadi , terima kasih kepada awak juga...
selain itu , faktor-faktor lain adalah kerana kesedaran dari diri aku sendiri
dengan sedikit pengalaman yang aku ada , aku sentiasa mencuba untuk membaiki diri aku kerana aku amat sedar sekali bahawa aku mempunyai TERSANGATLAH banyak kelemahan..
teringat pulak kat kenangan lama...
"semasa aku dapat 3A jew untuk UPSR"
-aku menangis bile aku dapat slip keputusan , aku datang seorang sahaja ke sekolah kerana mak ngan ayah aku kerja...
-apabila sampai jew kat rumah , ayah aku telefon (macam taw2 jew aku dah sampai kat umah )....aku xde hanset lagi taim tuh...
-aku x menangis taim kat sekolah tadi . aku menangis taim aku beritahu keputusan aku kat ayah aku
-ayah aku cakap "xpo la be , abe anggap ni pengalaman jah ,nak nyesal pon xguna,dah terlmbat dah"
-ayat itu sedikit sebanyak menyedarkan aku sebab ia sinis dalam nasihat...aku masih ingatnya sampai sekarang
-satu agi , aku jarang menangis , seingat2 aku , waktu aku kecil ,waktu aku kena buli pon aku xnangis ,aku akan buat muka rilek jew ,bukan berpura-pura tetapi buat
ape kite membazirkan air mata kite yang berharga ini
-tapi aku menangis paling teruk masa nenek aku meninggal , aku dapat tahu melalui panggilan telefon sebab taim tu aku duk kat asrama ( satu malam kowt )...huhu
-yg lain , sekadar menzahirkan kesedihan aku jew...tapi jarang sekali..
~ kebenarannya , aku sangat nakal masa aku sekolah rendah ~
03 November 2009
~ tidak tahu hendak suka atau ketawa ~
"jangan sekali-kali membangkitkan kemarahan emak"
pergh...
hari,selasa 3 november 2009 adalah hari untuk subjek law terakhir untuk aku dan rakan-rakan seperjuangan bagi sem 1 ini...
subjek bertuah itu adalah MLS ( Malaysian Legal Studies )....atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai pengenalan kepada sistem perundangan Malaysia.
Alhamdulillah , soalannya dapat kujawab dengan baik
tapi bila difikirkan balik..,soalan itu mungkin dapat kujawab dengan lebih baik jika aku lebih rajin . Yang kelakarnya , di sinilah waktunya kita akan mula berfikir
"kenapa aku x study dari awal"
"bodoh , kalau aku baca buku tu sampai habis , tentu aku dapat jawab tadi"
"xpe , sem depan ade agi"
itu semua adalah apa yang aku juga ada terfikir tadi
~ perlu berubah untuk lebih berjaya ~
02 November 2009
~ prinsip oo prinsip ~
yang paling penting...,aku sentiasa ingat kepada Allah S.W.T..,kenapa ingat kepada Allah S.W.T itu penting..??ini kerana kita sentiasa menyebut dan memikirkan bahawa agama kita adalah Islam dan sentiasa menegakkan bahawa agama kita adalah benar.Memang tidak dinafikan.Tetapi....
Adakah kita mengamalkan apa yang kita percaya
Adakah kita cuba mengikuti suruhannya
Adakah kita cuba meninggalkan larangannya
jawapannya bergantung kepada anda...sedangkan aku pun tidak sempurna malah mungkin lebih teruk...tetapi,aku sentiasa berfikir dan merenungi kenapa aku asyik melakukan perkara yang dilarang Nya
sedangkan aku tahu benda itu adalah salah
mungkin kerana ia sudah menjadi kebiasaan
mungkin kerana terikut dengan orang
mungkin kerana aku seorang yang lemah
aku sentiasa menghadapi kegagagalan..,bahkan, aku rasa kegagalan itu sentiasa mengekori aku..tetapi,aku tahu bahawa kejayaan juga tidak jauh daripada aku..
kita cuma manusia yang sentiasa dan kekal tidak sempurna
~ renungan diri dan sesiapa yang sudi membacanya ~
01 November 2009
~ tribute to the Pocketrocketman ~
- salam -
bila berbicara tentang atlit sukan di Malaysia.......tidak banyak yang kita boleh bicarakan melainkan tentang kemerosotan yang semakin ketara dari hari ke hari
namun di tengah-tengah kemerosotan ini , tumpuan saya terarah kepada seorang atlit yang tiba-tiba muncul dan menggegarkan arena sukan tanah air.Kemunculannya jelas memberikan sedikit sinar harapan kepada arena sukan tanah air.Ini kerana kalau tidak kerana squasy dan bowling padang....kita tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan sebenarnya
siapa yang yang saya maksudkan..??atlit tersebut adalah Azizulhasni Awang dalam sukan kegemarannya,lumba basikal.Atlit yang berasal dari Dungun , Terengganu adalah seorang yang bersederhana dan kejayaannya adalah sejajar dengan usaha gigihnya . Walaupun terpaksa membahagikan masa diantara lumba basikal dan pelajaran , namun ternyata Azizulhasni Awang atau turut dikenali sebagai ''The Pocketrocketman" berjaya dalam kedua-duanya.
rutin hidupnya bermula seawal 5 pagi.Setelah menunaikan solat , beliau bergegas ke gimnasium untuk memulakan latihan membina otot pada pukul 6 dan berlatih dari pukul 6.30 hingga 7.30.Manakala kelasnya bermula pada pukul 8.30,rutin yang agak ketat
namun apa yang saya suka tentangnya bukan sebab dia orang Terengganu atau susuk badannya yang lebih kurang saya namun kenyataannya dalam satu temuramah dengan akhbar tempatan"
Bagi saya walaupun telah berada di tahap tertinggi, karakter diri saya tidak pernah berubah.
Saya lebih cenderung berpijak di bumi nyata dan tidak pernah lupakan asal usul saya.
Walaupun ada sesetengah pihak kurang senang dengan karakter saya yang terlalu peramah tapi saya rasa inilah yang tidak membuatkan saya hanyut dengan pujian dan kejayaan.
Pengalaman pahit pula adalah ketika saya tidak dapat dan amat jarang pulang ke Malaysia. Masa untuk diluangkan bersama keluarga tercinta amatlah singkat.
Keluarga amat penting bagi saya. Merekalah sumber inspirasi saya. Namun mereka faham saya adalah atlet dan perlu berkorban untuk negara.
Kebelakangan ini ramai kaum kerabat keluarga saya meninggal dunia dan saya tidak dapat pulang. Itu yang amat menyedihkan.
Pengalaman manis pula, saya sentiasa dikenali ramai. Saya sentiasa dijemput untuk ke berlumba di pelbagai kejohanan dan penampilan saya dibayar.
Itu adalah penghargaan untuk diri saya. Apabila berlumba di negara lain, saya sentiasa disukai ramai menerusi karakter dan juga aksi saya dalam perlumbaan.
Dari situ Malaysia juga dikenali oleh ramai orang di luar sana yang sebelum ini tidak pernah terfikir akan kehadiran negara kita."
membuatkan saya terfikir sikap merendah diri itu amat penting tetapi jangan pula sampai dipijak kepala.Di sinilah pepatah lama yang sangat popular "buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali-kali " amat kena maksudnya.Apapun , kita ambil yang baik dan yang buruk cuba dijauhkan
~ sebilangan orang yang saya hormati ~
30 October 2009
~monolog eksperimentasi~
salam pemula bicara
18 October 2009
trilogi makanan : biru
~kuih tradisional kegemaran
-nasi manis atau wajik
-sangat2 manis dan suka disantap saye selepas berbuka
-tapi dah jarang makan selepas nenek kesayangan meninggal.......sangat2 merinduinya
~nasi goreng kegemaran
-nasi goreng kampung
-hidangan yang sangat sedap dan mengenyangkan
-selalunya dipesan sekali dengan telur mata
-saya selalunya tidak akan makan lebih dari sepinggan melainkan kalau emak saya yang menyediakannya
-sememangnya sangat sesuai dimakan di dalam suasana kampung(untuk kepuasan sepenuhnya,dimakan sementara masih panas)
~milo ais
-minuman kegemaran dan yang berkemungkinan tinggi akan dipesan di mana-mana kedai makan yang dikunjungi
-tak manis sangat dan tak tawar sangat
-saya jarang makan sarapan tetapi kalau saya bersarapan,air inilah yang akan menjadi pilihan utama
~jus tembikai
-air buah kegemaran
-sangat menyegarkan dan menyelerakan
-lebih-lebih lagi kalau buah tembikai itu adalah hasil tanaman sendiri dan diminum beramai-ramai bersama keluarga..
03 October 2009
...bile ditanya pasal UKM,ape yang korang tahu..
~bas "letak dan naik" boleh digunakan untuk budak2 Kajai ke Pusanika
~Fakulti terbesar adalah fakulti sains sosial dan kemanusiaan yang terletak di tengah2 antara Canseleri UKM dan Pusanika
~Kolej Tun Hussein Onn dikenali sebagai kolej PALAPES/R.O.T.U
~kolej rahim kajai dikenali sebagai kolej sukan
~kolej burhanuddin helmi dikenali sebagai kolej kebudayaan
~kolej keris mas dikenali sebagai kolej SUKSIS
~kolej aminuddin baki dikenali sebagai kolej Akademik
~kolej ibrahim yaakob dikenali sebagai Highlanders
~fakulti undang-undang tidak mempunyai jabatan
~UKM mempunyai 3 pintu masuk utama dimana pintu utama terletak di tengah2..
~satu2 universiti yang mempunyai nama stesen komuter bersempena nama universiti adalah UKM.stesen ini terletak ditengah2 antara Kajang dan Bangi
~Pusanika=Dataran Cendekia
~di Uitm,Vice Chancellor n di Ukm,Naib Canselor
~Fpend itu adalah Fakulti Pendidikan
serba-serbi tentang UKM
26 September 2009
...pantulan Aidilfitri 1430...
~ini adalah cuti pertama yang digunakan aku untuk pulang ke rumah tercinta yang terletak di Taman Izati,Besut
~perjalanan balik menggunakan bas tambahan Perdana yang menelan kos sebanyak RM48.Walaupun aku xberape ingat,tetapi rase2nya harga tiket dah semakin mahal
~ini adalah pertama kali aku bertolak daripada Hentian Kajang.Sebelum nie,satu2nya hentian yang aku selalu guna adalah Hentian Putra
~Raye pertama diluangkan sepenuhnya di kampung aku,Bachok yang terletak di Kelantan.Bachok adalah bersempadan dengan Besut.
~paginya disebelah atuk sebelah ayah manakala petangnya disebelah atuk sebelah mak
~paginya di kubur atuk sebelah mak petangnya di kubur atuk sebelah ayah
~hubungan aku agak rapat dengan nenek aku,jadi selalunya ade gak a suasana hiba di pagi raya tersebut
~hari2 lain pula digunakan aku untuk melawat member2 lama,ada yg dah nak fly ke luar negara..ade yg sekarang baru aku dapat tengok muka setelah 2-3 tahun terpisah.
~hari2 lain juga digunakan aku untuk melawat rumah cikgu2 lame aku taim sekolah rendah dan menengah..mereka masih macam dulu,baik dan masih lagi cam aku
~hari2 ini akan aku sematkan di dalam memoriku.....=)
20 September 2009
11 September 2009
..suka=interest=minat=girang hati..
~sebab : aku nak luaskan pandangan di samping tenangkan fikiran dan alam sekitar ini adalah antara benda yg indah kat dunia ini
~aku suka berjalan kaki dan naik bas daripada naik motor dan kereta
~sebab : aku x mempunyai hak milik terhadap mane-mane motor dan kereta di atas muka bumi ini lagi jadi lebih baik kite mempunyai inisiatif sendiri daripada menumpang hak milik orang lain.Tetapi selalu jugak la aku menumpang motor member baik aku...
~kalau bercakap pasal bola,aku adalah peminat tegar Arsenal dan Belanda
~sebab : yang penting,kedua-dua pasukan bemain dengan corak yang menghiburkan tetapi apabila tiba saat genting,yang menyedihkan dan mengecewakan kedua-dua pasukan tidak dapat memperolehi keputusan yang memihak kepada pasukan masaing-masing
~aku sayang mok dan ayoh aku
~sebab : kalau kita x sayang mereka,kite x layak untuk hidup di dunia ini...kalau kite x dengar cakap mereka , kite nak dengar cakap siapa..??tapi jangan terlampau fanatik sangat.Sekarang,ibu bapa aku tengok makin memanjakan anak masing-masing....anak-anak pun apa lagi,menjadikan itu pula alasan mereka untuk berperangai buruk...sendiri fikir yang mana baik dan buruk.
~aku sayang dan menghargai sahabat aku sekarang
~sebab : tanpa mereka,x mungkin aku dapat menempuhi hidup ini kerana hidup ini sangat mencabar..tetapi xdelah sampai ke tahap,kalau xde sahabat,aku akan membunuh diri sebab tertekan dengan hidup ini..kerana ada banyak lagi jalan lain,penyelesaian yang lain...yang kalau kita amalkan..x rugi malah membantu kita semasa berhadapan dengan-Nya nanti...
~aku suka berjalan lebih-lebih lagi ke tempat yang ramai orang seperti pusat membeli-belah
~sebab : aku suka memerhati gelagat orang kerana setiap orang mempunyai gelagat,pemikiran dan personaliti yang berbeza..dan ada setengah benda aku ambil sebagai contoh dan ada setengah benda aku ambil sebagai iktibar
~aku suka termenung
~sebab : entahla,aku pun xtaw bila aku mula mempunyai perangai suka termenung ini..,bila aku termenung,aku memikirkan tentang masalah aku,bila selesai satu masalah,,timbul pula masalah lain,,dan timbul lagi...sampai bila pun xhabis...jadi,aku lebih suka memikirkan benda lain daripada memikirkan masalah2 tersebut,lebih baik aku memikirkan benda lain yang lebih menyenangkan
~aku suka pergi masjid
~sebab : satu2 nya tempat yang boleh membuatkan aku tenang dan aman setakat nie dan insyallah pada masa akan datang...disinila tempat yang paling banyak aku termenung lebih2 lagi selepas mengaji..
banyak lagi benda yang aku suka.....:)
seminggu lagi nak raya...semakin tidak sabar untuk pulang cium tangan mak dan ayah aku
05 September 2009
..Pesta Konvo UKM ke 37..
...Nama Empunya Badan...
maksud Mohamad itu adalah yang terpuji
ibu bapaku mahukanku melakukan tindakan yang terpuji
maksud Azriff itu adalah kuat hatinya..tekal sokongannya
ibu bapaku mahukanku menjadi orang yang tabah,cekal,dan tidak mudah menyerah
maksud Firdaus itu adalah syurga yang tertinggi
ibu bapaku mahukanku mengingati bahawa untuk masuk syurga itu memerlukan keimanan
yang tinggi
aku pernah bertanya...
"bakpo namo abe panje sngat..???"
ibuku,aku memanggil die mak
menjawab dengan tersenyum
"nok suh mung jadi ore berjayo la,buke sajo-sajo letok jah"
"mok letok harape tinggi ko mung"
"mung anok sulung...jadi keno jadi contoh kepado adik beradik mung"
"kalu buke mung sapo agi..??"
aku senyap...besar juga tanggungjawab aku ek..
sebenarnya,untuk aku sedar maksud mak aku memakan masa yang agak lama
aku jenis yang suka bermain-main....SANGAT
tetapi kita belajar dengan pengalaman
tidak kisahlah pengalaman kita mahupun pengalaman orang lain
kedua-duanya adalah cara untuk kita belajar
tetapi aku sedar juga akhirnya
entah macam mane hati aku terbuka juga akhirnya
dunia ini bukan berkenaan belajar sahaja
dunia ini bukan berkenaan diri kita sahaja
dunia ini bukan berkenaan kesenangan sahaja
dan yang penting dunia ini bermakna kita adalah hamba Allah S.W.T
segala-gala yang kita lakukan mestilah seimbang
dan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak
oh ya...
hati aku terbuka setelah aku belajar untuk susah
bukan senang hendak belajar untuk susah
tetapi kita akan terasa sudut fikiran kita akan terbuka lebih luas
kita akan memandang dunia ini dari sudut yang berbeza
ternyata dunia ini begitu indah
ternyata manusia itu unik
ternyata Allah S.W.T itu maha besar
aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang
21 August 2009
...Ramadhan 1430...
esok 22 haribulan Ogos tahun 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430
maknanya hari ini jumaat 21 Ogos 2009 bersamaan 30 Syaaban 1430
hari terakhir untuk melantak
tapi jangan sampai memaksa diri
nanti terseksa di lain hari
sudah setahun sejak Ramadhan yang sebelumnya
Ramadhan yang bagiku disambut di UiTm Shah Alam
Ramadhan yang bagiku kini disambut di UKM
transisi itu berlaku dengan pantas
kalau minta diterangkan
pasti terkedu
Ramadhan tahun ini sentiasa ditunggu-tunggu
bulan untuk mencuci dosa
bulan untuk menahan diri daripada membuat dosa
bulan untuk merenung kesilapan diri
dan selamat berpuasa kepada para Muslimin dan Muslimat
13 August 2009
...pandangan sisi...
semasa sedang menunggu bas kiffah yang tertera huruf u...
aku terdengar bunyi-bunyi merdu yang berkicauan
aku membuat kekhilafan disitu kerana menganggap bunyi
tersebut datang dari hutan simpan kekal UKM berdekatan
tapi bunyi itu kedengaran sungguh dekat
aku mendongak dan .....
....
......
..........
sarang burung....rupa-rupanya
duduk seorang diri kat foyer FUU UKM sangat menenangkan
dan sungguh sunyi
ada dua ekor burung yang ternampak oleh aku
mungkin ibu burung dan anak burung
mungkin burung layang-layang
warna dia hitam
saiz dia sederhana besar
bunyinya walaupun bising
tapi entah bagaimana
sangat menenangkan
tapi apa pula yang burung itu rasa
"kenapa ada manusia di sini"
"kenapa ada bangunan di sini"
"kenapa sarang aku bukan di ranting pokok"
"kenapa aku terdengar bunyi bas yang sangat bising itu"
burung itu pun ada perasaan juga
dan persoalan tersebut
hanya si empunya sahaja yang mampu menjawabnya
namun yang aku mahu
empat tahun kemudian
aku akan mendengar juga suara burung-burung ini
dengan segulung ijazah di tangan
duduk di foyer yang sama
termenung dan terus termenung dan terus termenung
mungkin dalam setengah hari
sebab di sini tempat aku untuk sekarang
mungkin burung tersebut akan terus berkicauan untuk aku
mungkin tidak....
cuba menyelami maksud lagu "in my place"
02 August 2009
...Penghargaan kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad...
kita pernah melihat iklan di televisyen
antara iklan yang pernah kita lihat tentulah iklan yang dihasilkan Petronas
semua kita mesti bersetuju bahawa iklan tersebut adalah sangat kena maksudnya
cinta Tan Hong Ming.....nama sebenar Sam adalah Muthusamy Karrupiah...datuk yang merajuk kerana dipaksa oleh anak dan menantunya makan di luar
semua iklan ini mempunyai maksud yang jelas difahami oleh rakyat Malaysia
dan sememangnya untuk rakyat Malaysia
filem2 yang diarah oleh beliau juga amat berkualiti dan mendapat pengiktirafan tinggi bukan sahaja dari dalam negara bahkan dari luar negara
Sepet...Gubra...Mukhsin....Muallaf...Talentime semuanya berkenaan realiti masyarakat kita dan bukan sekadar karya syok sendiri semata-mata
secara ikhlasnya...saya memang rasa tersentuh melihat iklan2 arahan beliau dan kepala terasa kebas dan membuatkan saya terfikir dan merenung samada saya melakukan perkara yang sama..??
Beliau meninggal akibat serangan angin ahmar dan selamat kembali ke rahmatullah pada
25 Julai 2009,pada pukul 11.25 malam
jenazah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22,di Subang Jaya pada 12.40 tengah hari 26 Julai 2009
semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat
~Yasmin Ahmad ( 1 Julai 1958-25 Julai 2009 )~
30 July 2009
..Alkisahnya daerah bernama Besut...
daerah manakala "Sut"menggambarkan tempat yang jauh dan disini bermaksud lokasi Besut
yang jauh daripada pusat pentadbiran pada masa itu iatu Bangkok
-ada yang berkata dahulunya,Besut ini didiami dan diperintah oleh Raja Sang Nyanya yang
dikatakan zalim dan juga adalah seorang ketua lanun.Selepas baginda mati barulah tempat itu
yakni Besut mula didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk adalah orang
Pangan.Kebetulan,nama ketua Orang Pangan tersebut adalah Besut jadi tersebutlah cerita
bahawa nama Besut diangkat sebagai nama daerah
-kebanyakan orang berkata bahawa Besut ini dahulunya di bawah naungan Kelantan namun
disebabkan Sultan Kelantan kalah judi iatu sabung ayam dengan Sultan Terengganu maka
termasuklah Besut sebagai salah satu daerah di Terengganu
-Besut ini adalah salah satu daripada 7 daerah di Terengganu
-menjadi tanah besar kepada Pulau Perhentian yang turut dikenali Hawai the Second
-Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long yang turut mempunyai gelaran Tengku
Indera Segera
-Tengku Kadir adalah raja pertama Besut
-Tengku Ngah pula raja terakhir Besut
-Ahli Parlimen Besut adalah YB Abdullah Md Zin
-Besut ada 5 Dewan Undangan Negeri
-dan YB merupakan penasihat agama kepada YAB Perdana Menteri
-ADUN Jerteh ialah YB Dato'Haji Idris Bin Jusoh
-ADUN Kuala Besut ialah YB Dato' A.Rahman B Mokhtar
-ADUN Kampung Raja ialah YB Dato' Haji Pehimi B Yusof
-ADUN Hulu Besut ialah YB Nawi B Muhamad
-ADUN Jabi ialah Haji Ramlan B Ali
-Bahasa Besut adalah Keganu(Kelantan diselang seli dengan Terengganu)
Berbangga menjadi warga Besut
28 July 2009
~ini post jawapan kepada soalan~
kenapa ptptn xcukup
kenapa kena belajar
kenapa kena berdikari
kenapa fakulti aku jauh
kenapa aku xde kenderaan
kenapa
kenapa
kenapa
kerana orang tidak puas hati
kerana dah ikut syarat perjanjian,itu sahaja jumlah yang aku dapat
kerana untuk mendapatkan ilmu
kerana pada masa hadapan,aku yang akan menjadi ketua
kerana untuk menggambarkan kesusahan belajar apa yang aku belajar sekarang ini
kerana untuk menggambarkan kesusahan orang pada zaman dahulu untuk mendapatkan ilmu
kerana
kerana
kerana
inilah apa yang melayang dalam fikiran aku
setiap orang mempunyai masalah yang berbeza
setiap orang mempunyai penyelesaian yang berbeza
setiap orang mempunyai alasan yang berbeza
jadi
berhenti merungut dan jadilah manusia
24 July 2009
~aduyai...perubahan~
dari uitm ke ukm
dari K5 307 ke k16 221
dari palo ke fidot
dari cadar ke cadar yg sama
dari Kenanga ke Kajai
dari stadium uitm ke stadium ukm
dari semak belakang Kenanga ke hutan simpan kekal UKM
dari x kenal dekan ke kenal dekan
dari Perpustakaan Tun Abdul Razak(PTAR) ke Perpustakaan Tun Sri Lanang(PTSL)
dari asasi ke sarjanamuda dengan kepujian
dari Rapid KL ke Kiffah
dari T603 ke T430
dari fakulti yg dekat ke fakulti yg jauh
dari Shah Alam ke Bangi
dari 1 tahun ke 4 tahun
dari Dataran Cendekia(DC) ke Pusanika
dari 3500 c ke 3500 c
dari Law soc ke Perundang
dari Dewan Sri Budiman(DSB) ke Dewan Canselori Tun Abdul Razak(DECTAR)
dari 2 pintu masuk ke 3 pintu masuk
dari lelaki yg kurang ke lelaki yg lebih
apepun,perubahan adalah perlu...
saye pun takut dengan perubahan
namun dengan perubahan kite belajar....
perjalanan masih jauh
21 June 2009
ceritera prograM latihAn pLkN
15 June 2009
kitaran "se"buah nangKa
ini adalah nangka atau artocarpus heterophyuus lam berada di dalam keluarga moraceae
kalau dalam b.i pula,ia dipanggil Jackfruit....semestinya bukan jack and the beanstalk.
nangka adalah buah yang sangat sedap dan mengiurkan...
ia bukan raja buah...bukan juga ratu buah..
nangka yang masak ranum adalah sangat "sihat"
tapi kalau tidak dijaga akan rosaklah isi dalamnya
ada orang makan ulam putik nangka
ada orang memprosesnya menjadi kerepek nangka
ada orang tidak boleh makan nasi tanpa gulai nangka muda
ada orang merungut kenapa tidak ada sabun beraroma nangka
ada orang kata gulai lemak nangka lagi sedap daripada gulai nangka muda
ada orang kat"siapa yang makan nangka dia yang dapat biji nangka"
apapun,kita kena mengalami perasaan memakan sendiri buah nangka sebelum memuji atau mengkritik buah nangka tersebut..kesian la kat "die"
saya sudah makan nangka jadi saya sudah dapat biji nangka
14 June 2009
~sedikIt perkara yg patut diBuat~
ini adalah nasihat warisan yg diturunkan daripada Saidina Ali....
semuanya ringkas tetapi berapa ramai je antara kita yg mengamalkannya....
antaranye....
jadi...benda ni kalau baca saje pun tidak berguna...
semoga ia menjadi amalan kite semua....
13 June 2009
~saLam blOggerz~
~diharap segala yg ditaip menimbulkan perasaan senang hati untuk pembaca....
~anda senyum,saya pon senyum....
~jika ade tersalah dan tersilap..,diharap tidak segan-silu untuk menegur dan tidak disimpan di dalam hati....
~bak kata adat hidup tolong-menolong,dunia balas membalas dan adat syariat palu-memalu