13 August 2009

...pandangan sisi...


semasa sedang menunggu bas kiffah yang tertera huruf u...

aku terdengar bunyi-bunyi merdu yang berkicauan

aku membuat kekhilafan disitu kerana menganggap bunyi

tersebut datang dari hutan simpan kekal UKM berdekatan

tapi bunyi itu kedengaran sungguh dekat

aku mendongak dan .....

....

......

..........

sarang burung....rupa-rupanya

duduk seorang diri kat foyer FUU UKM sangat menenangkan

dan sungguh sunyi

ada dua ekor burung yang ternampak oleh aku

mungkin ibu burung dan anak burung

mungkin burung layang-layang

warna dia hitam

saiz dia sederhana besar

bunyinya walaupun bising

tapi entah bagaimana

sangat menenangkan

tapi apa pula yang burung itu rasa

"kenapa ada manusia di sini"

"kenapa ada bangunan di sini"

"kenapa sarang aku bukan di ranting pokok"

"kenapa aku terdengar bunyi bas yang sangat bising itu"

burung itu pun ada perasaan juga

dan persoalan tersebut

hanya si empunya sahaja yang mampu menjawabnya

namun yang aku mahu

empat tahun kemudian

aku akan mendengar juga suara burung-burung ini

dengan segulung ijazah di tangan

duduk di foyer yang sama

termenung dan terus termenung dan terus termenung

mungkin dalam setengah hari

sebab di sini tempat aku untuk sekarang

mungkin burung tersebut akan terus berkicauan untuk aku

mungkin tidak....


cuba menyelami maksud lagu "in my place"

No comments:

Post a Comment