29 March 2010

shinkansen




~ keretapi yang meninggalkan stesen akan kembali ke stesen yang sama
kalau rasa dah sampai destinasi , turunlah ~



hari ini hari isnin

di hari isnin sebahagian pelajar sekolah di Malaysia memulakan sesi persekolahan dan

sebahagian lagi pada hari Ahad

alhamdulillah telah membiasakan diri dengan permulaan pada hari Isnin setelah selama

ini terbiasa permulaan dengan hari Ahad

*apakah kaitan dengan hari isnin..??

oh ya

hari ini adalah hari terakhir untuk kuliah subjek MLS ( malaysian Legal System )

perasaan yang sama datang

*seperti semasa meninggalkan zaman persekolahan

sedih ..??

sayu..??

gembira..??

susah hendak dinyatakan

hanya empunya badan yang tahu

biasalah

dalam hidup ada pertemuan

dalam hidup ada perpisahan

ia silih berganti

*monolog dalaman menunggu detik Peperiksaan Akhir ~

18 March 2010

pasca emosi , pra keindahan

detik selepas PBL...angin mendayu-dayu sepoi-sepoi bahasa

detik dalam hati , khayalan dalam kepala , realiti dalam tindakan

PBL tidak lama lagi dan berdebar-debar menunggunya~

15 March 2010

personafikasi



pelbagai reaksi , adakah kita menggunakannya pada masa yang sepatutnya ..??





ada orang berkata

post sebelum ini

adakah "sudah tiba panggilan",,[hurm , saya seorang yang suka berkias]

saya berkata

*oh tidak , belum lagi

masih awal , prioriti hanyalah belajar

*kepala asyik terngiang-ngiang dengan pesanan ibu-bapa tiap-tiap kali saya menelefon mereka

*skema, tidak saya tidak menganggap ia skema

kamu..??

mengenali orang memerlukan masa yang lama

sebagai bandingan

*apa tujuan kita baca buku rujukan berulang kali
untuk memahaminya bukan..??
bukan setakat menghafalnya

dan saya tidak mengejar "kapel"

*mungkin orang lain akan

sebab

untuk menjaga seorang manusia

bukan senang ... bukan setakat " i lap u , u lap me "

dengan status saya yang masih bergantung kepada insan yang bergelar ibu-bapa

*saya malu kalau saya menyalahgunakannya untuk sesuatu yang lain

dan cinta tidak hanya datang dengan serta-merta

jika datang serta merta ia hanyalah perasaan emosi yang bergolak-golak

lebih tepat lagi dipengaruhi hawa nafsu

*agak terlebih-lebih disitu

aargh,,cukup-cukup..tidak perlu melebih -lebih =)

~saya baru berumur 10 tahun , 2 tahun lagi akan menduduki UPSR...UPSR ni susah kew..??~

12 March 2010

sometimes we think




bagaimanakah jika anda terlihat seseorang yang berlainan jantina dengan anda

dan anda rasa anda suka seseorang tersebut..??

apa yang anda rasa ..??

gembira , teruja , gementar

anda ingin menghampirinya tetapi takut

takut ditolak , takut kecewa , takut diketepikan

jadi anda hanya mampu duduk dan termenung

termenung , dan terus termenung

yang mana memang amat meyakinkan bahawa pada masa ini , fikiran anda akan melayang-layang

*mata terbeliak fikiran entah ke mana

saya rasa hanya sampai di sini sahaja yang mampu dilakukan ~

*bercakap tanpa pengalaman adalah umpama menulis jawapan untuk soalan undang-undang tanpa disertakan autoriti = sampah

tunggulah suatu hari nanti ~

yang saya sendiri pun tidak tahu bila

mungkin esok , mungkin lusa , mungkin semasa umur saya 30 an

buat masa ini , baiki diri , berusaha untuk berjaya , ingat harapan keluarga~

ganbatte

11 March 2010

u got it , grab it , don't release it

kita semua ada kawan

sesetengah kawan boleh digelar sahabat

sesetengah kawan hanyalah kawan ( sekadar berpura-pura )

kalau tidak bertegur , adakah itu kawan ..??

dan hanya berdekatan ketika senang

tetapi berjauhan apabila susah

dan kembali berdekatan ketika senang

adakah itu kawan

yup

kita masih akan tetap menganggap itu kawan

tetapi adakah tindakan kita itu berbaloi...??

yup

ia berbaloi kerana adalah lebih baik kita melakukan kebaikan terhadap orang

daripada orang melakukan kebaikan terhadap kita

tetapi bagaimana kalau kawan memijak kepala kita..??

hiraukan kerana mereka yang melakukan sedemikian akan jatuh jua

cuma kita tidak seharusnya menyimpan dendam

kerana menyimpan dendam ini menyakitkan hati

merosakkan hati , membutakan hati sehingga kebenaran menjadi kabur

sehinggakan perkara baik disalah anggap

rasionaliti dan pertimbangan yang waras adalah amat penting

dalam kehidupan kita di dunia ini

dan jika telah meyakini menjumpai sahabat yang betul-betul baik

hargailah kerana seseorang itu memang berharga

pedulikan kelemahannya

ia boleh diatasi dengan belajar

perhatikanlah kekuatannya dan keihklasannya~

~selamat berjaya untuk adik saya bersempena keputusan SPM 2009 yang akan keluar pagi nanti , insyallah~

07 March 2010

disini disana

disini lelaki tersenyum disana perempuan menangis

disini lembu meragut rumput disana harimau memburu rusa

disini cikgu mengajar disana tentera bermandi peluh

disini muda-mudi berpesta disana orang tua berzikir

disini mahasiswa berpidato disana remaja merempit

disini kita mengata disana mereka mengata

disini kita malas disana ibu-bapa mengharap

disini kita lalai disana kita gagal

*peperiksaan semakin hampir , persediaan entah cukup entah tidak