salam pemula bicara
minggu ini merupakan minggu final exam saye yang pertama sebagai pelajar UKM
dan sebagai seorang pelajar undang-undang,saya mengakui saya amat takut sebenarnya
dengan peperiksaan
kenapa saya kaitkan dengan status saya sebagai pelajar undang-undang..??
ini kerana saya tidak mempunyai kelebihan untuk bercakap dengan petah sepertimana orang lain
saya juga bukanlah seorang pelajar yang cemerlang
bahkan saya rasa diri saya adalah seorang yang amat kerdil dan sentiasa mempunyai kelemahan untuk diperbaiki setiap hari
lebih-lebih lagi , sebagai pelajar undang-undang , saya mempunyai cabaran yang tersendiri
cabaran untuk berjaya memperolehi ijazah undang-undang dengan kelas pertama yang dilontarkan oleh ayah saya
cabaran daripada diri saya sendiri untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi
cabaran untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang saya ceburi
namun saya bukanlah taksub jauh sekali mengharap
tetapi saya berusaha dan hasilnya adalah apa yang saya usahakan
insyallah
bercakap mengenai final exam
sudah dua subjek telah diharungi yakni kontrak dan perlembagaan
dan insyallah kedua-duanya dapat ku jawab dengan baik
diharapkan subjek yang seterusnya juga dapatku harungi dengan baik
saya cuba mengatasi perasaan takut terhadap exam ini
dengan cuba mencari apa puncanya , penyebabnya asal-usul masalah ini
"saya takut untuk gagal"
itulah jawapannya
saya hilang arah dan cuba mencari panduan
buku demi buku saya belek untuk mencari penyelesaian
dan jawapannya saya perolehi daripada ayah saya ditambah dengan sedikit pengetahuan daripada buku dan nasihat daripada arwah nenek saya...
" bakpo abe nak takut ngan gagal..??"
"abe dok denu blaja ko dok..??"
"abe taw dok ayah jatuh banyak kali sebelum kito hidup selesa gini"
"kito kena gagal dulu baru kito blajar"
"kito blajar daripada kegagalan"
"ambik yang positif,hok negatif kito bue jauh-jauh"
"ingat ko Allah S.W.T, dan Dio ake ingat kito"
arwah nenek saya
"nenek suko tengok abe senyum.......taim kena marah pon , abe senyum.....nenek nok abe senyum sebab nenek akan senyum lepah tengok abe senyum"
motivasi yang terbaik adalah perkara positif daripada pengalaman kita
saya masih belajar dan ingin terus belajar...sesiapa yang ada ilmu , sudikanlah berkongsi dengan saya ek dan tegurlah saya jika saya ada membuat kesilapan..... ^.^
tak takut tak realistik lah
ReplyDelete:)
yup..agree
ReplyDelete