23 June 2010

remehkah jika aku bersuara



"Great things are done by a series of small things brought together."
Vincent Van Gogh


selepas Zuhur , menunggu di luar surau PTSL

*PTSL itu bermaksud Perpustakaan Tun Seri Lanang

cuaca redup macam nak hujan tetapi tiada titik-titik air yang dicurahkan awan

angin bertiup aman dan mendamaikan

sekumpulan mahasiswa duduk di kerusi yang disediakan disebelah aku

si A : "bagus tempat ni"
si B : "aah"
si A : "kenapa la diorang xbina gazebo disini"
si B : "betul,mesti ramai yang menggunakan kemudahan itu"
si A : "ini yang sepatutnya disediakan oleh pihak universiti , yang sepatutnya diperjuangkan"
si B : "haha , aku tidak berminat berbual pasal tu sekarang tetapi itu yang sepatutnya diperjuangkan"
si A : "huu,'mereka' ini memperjuangkan sebesar-besar isu sehinggakan isu yang remeh macam ni dilupakan sama sekali"


aku mendengar , aku merenung

mereka ini bukan wakil pelajar

mereka ini orang biasa

pelajar yang pointernya mungkin bagus , mungkin tidak

tetapi percakapan mereka ada isi , berbaloi untuk didengar

selesai bersalaman diantara satu sama lain

kedamaian ini terpaksa ditinggalkan , kembali kepada kesibukan dunia

*sememangnya tempat itu sesuai untuk dibina gazebo

22 June 2010

soalan yang indah



“It is our choices that show what we truly are, far more than our abilities.”
Joanne Kathleen Rowling


Assalamualaikum

lama xupdate blog

sibuk dengan aktiviti lain

sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang tatkala cuti semester ini

terisi itu maksudnya diisi dengan aktiviti yang berfaedah

yang memberi pulangan balik

yang membuatkan aku rasa makin bersemangat untuk belajar lagi , lagi dan lagi

membuatkan aku merasakan semakin banyak aku belajar semakin banyak aku kena belajar

walaupun itu kebenarannya

namun jika sesetengah orang tidak mengalami peristiwa itu sendiri

maka mereka akan terus "tidur"

terlena dibuai mimpi

kalau ada orang tegur , satu kelebihan

kalau tidak ,, terus terlena

oh ya ,

ada satu soalan dalam benak sanubari ini

"apa matlamat hidup ko di dunia ini"


dan soalan itu masih terngiang-ngiang dan bergema didalam minda

jawapan yang diberi pada masa itu

entahla

*jawapan biasa daripada aku

tetapi kali ni aku merasakan jawapan itu sangatlah tidak bererti untuk soalan seindah itu

dan sayu memikirkan kerana gagalnya aku menjawab soalan itu

bermakna kehidupan aku selama 19 tahun di dunia ini masih

tiada matlamat

tiada arah tuju

kabur

abaikan umur , ini berkaitan dengan pemikiran , berkaitan juga dengan agama kita

Islam

tidak dapat tidak , kita tidak boleh lari daripada agama kita

kerana agama itu bukan sekadar nama tetapi itu adalah pegangan , itu adalah cara hidup , itu adalah KITA sendiri

bukan sekadar untuk diiisi didalam borang ( yang bertanyakan agama apa ) semata-mata

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya, tiada Tuhan selain Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia" (Al-Mukminun: 115-116)

sebenarnya ada bermacam-macam matlamat hidup manusia di dunia ini

tidak semuanya matlamat yang mulia , ada yang tidak baik

jadi matlamat kita mestilah berlandaskan Al-Quran Al-Karim

kerana ia lengkap , tidak perlu dipersoalkan

malah jika kita memahaminya , dan mengamalkannya

dengan cara penghayatan sepenuhnya

nescaya jalan kita adalah jalan kebaikan

Di sini aku sertakan satu kisah indah

Baginda bersabda, "Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah?".

Aku menjawab, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui."

Baginda bersabda, "Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya".

dan sambungannya lagi

Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi, "Wahai Muaz bin Jabal!" dan aku menyahut, "Telahku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah".

Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas?"

Aku menjawab, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui".

Akhirnya baginda bersabda, "Allah tidak akan menyeksa mereka".

bila niat kita sudah betul dab berlandaskan agama kita

maka insyaAllah segala-galanya dirahmati olehNya

namun ia tidak semudah itu

kita perlu sentiasa beringat

kerana dalam tidak sedar mungkin ada kita tersilap

seperti perasaan takbur , riak

mudah-mudahan dijauhkan

sebab kita hanya manusia

namun jangan dijadikan "manusia" itu sebagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu sebaik-baiknya

mudah-mudahan contengan ringkas ini menjadi peringatan buat aku seterusnya kamu semua

07 June 2010

sahabat itu serpihan mozek yang kehilangan

kau selalu bertanya

"adakah kau bersedih.??"

aku selalu menjawab

"tidak , aku tidak bersedih"

kau selalu bertanya

"engkau keluar dengan siapa..??"

aku selalu menjawab

"tiada sesiapa , aku cuma keseorangan"

kau selalu bertanya

"siapa kawan baik engkau"

aku selalu menjawab

"*termenung.....hermmm , entah , mungkin si polan"

sedikit persoalan bermain di minda


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka
adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

jangan engkau mendakwa engkau tidak ada sahabat jika engkau hidup dalam dunia ini

buka mata , tengok sekeliling

jika tidak perasan , cari sekali lagi , lagi , dan lagi

dan akhirnya , anda akan jumpa

tangkap , peluklah seerat-eratnya , hargailah

jangan tunggu

jangan duduk terdiam sahaja

mulakan sesuatu untuk dapatkan sesuatu


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat .mungkin itu maksud yang lebih tepat

-Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:-

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.



-Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, -

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”