02 August 2009

...Penghargaan kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad...


kita pernah melihat iklan di televisyen

antara iklan yang pernah kita lihat tentulah iklan yang dihasilkan Petronas

semua kita mesti bersetuju bahawa iklan tersebut adalah sangat kena maksudnya

cinta Tan Hong Ming.....nama sebenar Sam adalah Muthusamy Karrupiah...datuk yang merajuk kerana dipaksa oleh anak dan menantunya makan di luar

semua iklan ini mempunyai maksud yang jelas difahami oleh rakyat Malaysia

dan sememangnya untuk rakyat Malaysia

filem2 yang diarah oleh beliau juga amat berkualiti dan mendapat pengiktirafan tinggi bukan sahaja dari dalam negara bahkan dari luar negara

Sepet...Gubra...Mukhsin....Muallaf...Talentime semuanya berkenaan realiti masyarakat kita dan bukan sekadar karya syok sendiri semata-mata

secara ikhlasnya...saya memang rasa tersentuh melihat iklan2 arahan beliau dan kepala terasa kebas dan membuatkan saya terfikir dan merenung samada saya melakukan perkara yang sama..??

Beliau meninggal akibat serangan angin ahmar dan selamat kembali ke rahmatullah pada
25 Julai 2009,pada pukul 11.25 malam

jenazah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22,di Subang Jaya pada 12.40 tengah hari 26 Julai 2009

semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat

~Yasmin Ahmad ( 1 Julai 1958-25 Julai 2009 )~

2 comments: