30 July 2009

..Alkisahnya daerah bernama Besut...

-ada yang berkata sebab kawasan Besut jauh daripada Bangkok..."Be" dalam bahasa siam adalah
daerah manakala "Sut"menggambarkan tempat yang jauh dan disini bermaksud lokasi Besut
yang jauh daripada pusat pentadbiran pada masa itu iatu Bangkok

-ada yang berkata dahulunya,Besut ini didiami dan diperintah oleh Raja Sang Nyanya yang
dikatakan zalim dan juga adalah seorang ketua lanun.Selepas baginda mati barulah tempat itu
yakni Besut mula didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk adalah orang
Pangan.Kebetulan,nama ketua Orang Pangan tersebut adalah Besut jadi tersebutlah cerita
bahawa nama Besut diangkat sebagai nama daerah

-kebanyakan orang berkata bahawa Besut ini dahulunya di bawah naungan Kelantan namun
disebabkan Sultan Kelantan kalah judi iatu sabung ayam dengan Sultan Terengganu maka
termasuklah Besut sebagai salah satu daerah di Terengganu

-Besut ini adalah salah satu daripada 7 daerah di Terengganu

-menjadi tanah besar kepada Pulau Perhentian yang turut dikenali Hawai the Second

-Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long yang turut mempunyai gelaran Tengku
Indera Segera

-Tengku Kadir adalah raja pertama Besut

-Tengku Ngah pula raja terakhir Besut

-Ahli Parlimen Besut adalah YB Abdullah Md Zin

-Besut ada 5 Dewan Undangan Negeri

-dan YB merupakan penasihat agama kepada YAB Perdana Menteri

-ADUN Jerteh ialah YB Dato'Haji Idris Bin Jusoh

-ADUN Kuala Besut ialah YB Dato' A.Rahman B Mokhtar

-ADUN Kampung Raja ialah YB Dato' Haji Pehimi B Yusof

-ADUN Hulu Besut ialah YB Nawi B Muhamad

-ADUN Jabi ialah Haji Ramlan B Ali

-Bahasa Besut adalah Keganu(Kelantan diselang seli dengan Terengganu)

Berbangga menjadi warga Besut

2 comments: