11 September 2009

..suka=interest=minat=girang hati..

~aku suka tengok pemandangan alam sekitar
~sebab : aku nak luaskan pandangan di samping tenangkan fikiran dan alam sekitar ini adalah antara benda yg indah kat dunia ini

~aku suka berjalan kaki dan naik bas daripada naik motor dan kereta
~sebab : aku x mempunyai hak milik terhadap mane-mane motor dan kereta di atas muka bumi ini lagi jadi lebih baik kite mempunyai inisiatif sendiri daripada menumpang hak milik orang lain.Tetapi selalu jugak la aku menumpang motor member baik aku...

~kalau bercakap pasal bola,aku adalah peminat tegar Arsenal dan Belanda
~sebab : yang penting,kedua-dua pasukan bemain dengan corak yang menghiburkan tetapi apabila tiba saat genting,yang menyedihkan dan mengecewakan kedua-dua pasukan tidak dapat memperolehi keputusan yang memihak kepada pasukan masaing-masing

~aku sayang mok dan ayoh aku
~sebab : kalau kita x sayang mereka,kite x layak untuk hidup di dunia ini...kalau kite x dengar cakap mereka , kite nak dengar cakap siapa..??tapi jangan terlampau fanatik sangat.Sekarang,ibu bapa aku tengok makin memanjakan anak masing-masing....anak-anak pun apa lagi,menjadikan itu pula alasan mereka untuk berperangai buruk...sendiri fikir yang mana baik dan buruk.

~aku sayang dan menghargai sahabat aku sekarang
~sebab : tanpa mereka,x mungkin aku dapat menempuhi hidup ini kerana hidup ini sangat mencabar..tetapi xdelah sampai ke tahap,kalau xde sahabat,aku akan membunuh diri sebab tertekan dengan hidup ini..kerana ada banyak lagi jalan lain,penyelesaian yang lain...yang kalau kita amalkan..x rugi malah membantu kita semasa berhadapan dengan-Nya nanti...

~aku suka berjalan lebih-lebih lagi ke tempat yang ramai orang seperti pusat membeli-belah
~sebab : aku suka memerhati gelagat orang kerana setiap orang mempunyai gelagat,pemikiran dan personaliti yang berbeza..dan ada setengah benda aku ambil sebagai contoh dan ada setengah benda aku ambil sebagai iktibar

~aku suka termenung
~sebab : entahla,aku pun xtaw bila aku mula mempunyai perangai suka termenung ini..,bila aku termenung,aku memikirkan tentang masalah aku,bila selesai satu masalah,,timbul pula masalah lain,,dan timbul lagi...sampai bila pun xhabis...jadi,aku lebih suka memikirkan benda lain daripada memikirkan masalah2 tersebut,lebih baik aku memikirkan benda lain yang lebih menyenangkan

~aku suka pergi masjid
~sebab : satu2 nya tempat yang boleh membuatkan aku tenang dan aman setakat nie dan insyallah pada masa akan datang...disinila tempat yang paling banyak aku termenung lebih2 lagi selepas mengaji..

banyak lagi benda yang aku suka.....:)
seminggu lagi nak raya...semakin tidak sabar untuk pulang cium tangan mak dan ayah aku

1 comment:

  1. aku suke makan.. kerana apabila makan,perut kita akan kenyang dan mudah untuk kita berfikir dengan lebih kreatif.. hehe! btw,aku pun tak sabar nak balik raya walaupun tiap2 minggu sekarang ni aku balik umah.. huhu!

    ReplyDelete