sedang aku mentelaah subjek MLS (Malaysian Legal Studies)sambil melayan laman web sosial terkemuka , Facebook dan Utusan Malaysia Online ...terlintas di fikiran aku tentang apa prinsip yang aku pegang selama ini...
yang paling penting...,aku sentiasa ingat kepada Allah S.W.T..,kenapa ingat kepada Allah S.W.T itu penting..??ini kerana kita sentiasa menyebut dan memikirkan bahawa agama kita adalah Islam dan sentiasa menegakkan bahawa agama kita adalah benar.Memang tidak dinafikan.Tetapi....
Adakah kita mengamalkan apa yang kita percaya
Adakah kita cuba mengikuti suruhannya
Adakah kita cuba meninggalkan larangannya
jawapannya bergantung kepada anda...sedangkan aku pun tidak sempurna malah mungkin lebih teruk...tetapi,aku sentiasa berfikir dan merenungi kenapa aku asyik melakukan perkara yang dilarang Nya
sedangkan aku tahu benda itu adalah salah
mungkin kerana ia sudah menjadi kebiasaan
mungkin kerana terikut dengan orang
mungkin kerana aku seorang yang lemah
aku sentiasa menghadapi kegagagalan..,bahkan, aku rasa kegagalan itu sentiasa mengekori aku..tetapi,aku tahu bahawa kejayaan juga tidak jauh daripada aku..
kita cuma manusia yang sentiasa dan kekal tidak sempurna
~ renungan diri dan sesiapa yang sudi membacanya ~
No comments:
Post a Comment