30 July 2009

..Alkisahnya daerah bernama Besut...

-ada yang berkata sebab kawasan Besut jauh daripada Bangkok..."Be" dalam bahasa siam adalah
daerah manakala "Sut"menggambarkan tempat yang jauh dan disini bermaksud lokasi Besut
yang jauh daripada pusat pentadbiran pada masa itu iatu Bangkok

-ada yang berkata dahulunya,Besut ini didiami dan diperintah oleh Raja Sang Nyanya yang
dikatakan zalim dan juga adalah seorang ketua lanun.Selepas baginda mati barulah tempat itu
yakni Besut mula didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk adalah orang
Pangan.Kebetulan,nama ketua Orang Pangan tersebut adalah Besut jadi tersebutlah cerita
bahawa nama Besut diangkat sebagai nama daerah

-kebanyakan orang berkata bahawa Besut ini dahulunya di bawah naungan Kelantan namun
disebabkan Sultan Kelantan kalah judi iatu sabung ayam dengan Sultan Terengganu maka
termasuklah Besut sebagai salah satu daerah di Terengganu

-Besut ini adalah salah satu daripada 7 daerah di Terengganu

-menjadi tanah besar kepada Pulau Perhentian yang turut dikenali Hawai the Second

-Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long yang turut mempunyai gelaran Tengku
Indera Segera

-Tengku Kadir adalah raja pertama Besut

-Tengku Ngah pula raja terakhir Besut

-Ahli Parlimen Besut adalah YB Abdullah Md Zin

-Besut ada 5 Dewan Undangan Negeri

-dan YB merupakan penasihat agama kepada YAB Perdana Menteri

-ADUN Jerteh ialah YB Dato'Haji Idris Bin Jusoh

-ADUN Kuala Besut ialah YB Dato' A.Rahman B Mokhtar

-ADUN Kampung Raja ialah YB Dato' Haji Pehimi B Yusof

-ADUN Hulu Besut ialah YB Nawi B Muhamad

-ADUN Jabi ialah Haji Ramlan B Ali

-Bahasa Besut adalah Keganu(Kelantan diselang seli dengan Terengganu)

Berbangga menjadi warga Besut

28 July 2009

~ini post jawapan kepada soalan~

kenapa orang asyik merungut
kenapa ptptn xcukup
kenapa kena belajar
kenapa kena berdikari
kenapa fakulti aku jauh
kenapa aku xde kenderaan
kenapa
kenapa
kenapa

kerana orang tidak puas hati
kerana dah ikut syarat perjanjian,itu sahaja jumlah yang aku dapat
kerana untuk mendapatkan ilmu
kerana pada masa hadapan,aku yang akan menjadi ketua
kerana untuk menggambarkan kesusahan belajar apa yang aku belajar sekarang ini
kerana untuk menggambarkan kesusahan orang pada zaman dahulu untuk mendapatkan ilmu
kerana
kerana
kerana

inilah apa yang melayang dalam fikiran aku
setiap orang mempunyai masalah yang berbeza
setiap orang mempunyai penyelesaian yang berbeza
setiap orang mempunyai alasan yang berbeza
jadi
berhenti merungut dan jadilah manusia

24 July 2009

~aduyai...perubahan~

~da sampai di ukm....satu2nya universiti kebangsaan di malaysia...(memangla)

dari uitm ke ukm
dari K5 307 ke k16 221
dari palo ke fidot
dari cadar ke cadar yg sama
dari Kenanga ke Kajai
dari stadium uitm ke stadium ukm
dari semak belakang Kenanga ke hutan simpan kekal UKM
dari x kenal dekan ke kenal dekan
dari Perpustakaan Tun Abdul Razak(PTAR) ke Perpustakaan Tun Sri Lanang(PTSL)
dari asasi ke sarjanamuda dengan kepujian
dari Rapid KL ke Kiffah
dari T603 ke T430
dari fakulti yg dekat ke fakulti yg jauh
dari Shah Alam ke Bangi
dari 1 tahun ke 4 tahun
dari Dataran Cendekia(DC) ke Pusanika
dari 3500 c ke 3500 c
dari Law soc ke Perundang
dari Dewan Sri Budiman(DSB) ke Dewan Canselori Tun Abdul Razak(DECTAR)
dari 2 pintu masuk ke 3 pintu masuk
dari lelaki yg kurang ke lelaki yg lebih
apepun,perubahan adalah perlu...
saye pun takut dengan perubahan
namun dengan perubahan kite belajar....
perjalanan masih jauh