- salam -
bila berbicara tentang atlit sukan di Malaysia.......tidak banyak yang kita boleh bicarakan melainkan tentang kemerosotan yang semakin ketara dari hari ke hari
namun di tengah-tengah kemerosotan ini , tumpuan saya terarah kepada seorang atlit yang tiba-tiba muncul dan menggegarkan arena sukan tanah air.Kemunculannya jelas memberikan sedikit sinar harapan kepada arena sukan tanah air.Ini kerana kalau tidak kerana squasy dan bowling padang....kita tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan sebenarnya
siapa yang yang saya maksudkan..??atlit tersebut adalah Azizulhasni Awang dalam sukan kegemarannya,lumba basikal.Atlit yang berasal dari Dungun , Terengganu adalah seorang yang bersederhana dan kejayaannya adalah sejajar dengan usaha gigihnya . Walaupun terpaksa membahagikan masa diantara lumba basikal dan pelajaran , namun ternyata Azizulhasni Awang atau turut dikenali sebagai ''The Pocketrocketman" berjaya dalam kedua-duanya.
rutin hidupnya bermula seawal 5 pagi.Setelah menunaikan solat , beliau bergegas ke gimnasium untuk memulakan latihan membina otot pada pukul 6 dan berlatih dari pukul 6.30 hingga 7.30.Manakala kelasnya bermula pada pukul 8.30,rutin yang agak ketat
namun apa yang saya suka tentangnya bukan sebab dia orang Terengganu atau susuk badannya yang lebih kurang saya namun kenyataannya dalam satu temuramah dengan akhbar tempatan"
Bagi saya walaupun telah berada di tahap tertinggi, karakter diri saya tidak pernah berubah.
Saya lebih cenderung berpijak di bumi nyata dan tidak pernah lupakan asal usul saya.
Walaupun ada sesetengah pihak kurang senang dengan karakter saya yang terlalu peramah tapi saya rasa inilah yang tidak membuatkan saya hanyut dengan pujian dan kejayaan.
Pengalaman pahit pula adalah ketika saya tidak dapat dan amat jarang pulang ke Malaysia. Masa untuk diluangkan bersama keluarga tercinta amatlah singkat.
Keluarga amat penting bagi saya. Merekalah sumber inspirasi saya. Namun mereka faham saya adalah atlet dan perlu berkorban untuk negara.
Kebelakangan ini ramai kaum kerabat keluarga saya meninggal dunia dan saya tidak dapat pulang. Itu yang amat menyedihkan.
Pengalaman manis pula, saya sentiasa dikenali ramai. Saya sentiasa dijemput untuk ke berlumba di pelbagai kejohanan dan penampilan saya dibayar.
Itu adalah penghargaan untuk diri saya. Apabila berlumba di negara lain, saya sentiasa disukai ramai menerusi karakter dan juga aksi saya dalam perlumbaan.
Dari situ Malaysia juga dikenali oleh ramai orang di luar sana yang sebelum ini tidak pernah terfikir akan kehadiran negara kita."
membuatkan saya terfikir sikap merendah diri itu amat penting tetapi jangan pula sampai dipijak kepala.Di sinilah pepatah lama yang sangat popular "buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali-kali " amat kena maksudnya.Apapun , kita ambil yang baik dan yang buruk cuba dijauhkan
~ sebilangan orang yang saya hormati ~
No comments:
Post a Comment