namaku Mohamad Azriff Firdaus Bin Mohamad Ali
maksud Mohamad itu adalah yang terpuji
ibu bapaku mahukanku melakukan tindakan yang terpuji
maksud Azriff itu adalah kuat hatinya..tekal sokongannya
ibu bapaku mahukanku menjadi orang yang tabah,cekal,dan tidak mudah menyerah
maksud Firdaus itu adalah syurga yang tertinggi
ibu bapaku mahukanku mengingati bahawa untuk masuk syurga itu memerlukan keimanan
yang tinggi
aku pernah bertanya...
"bakpo namo abe panje sngat..???"
ibuku,aku memanggil die mak
menjawab dengan tersenyum
"nok suh mung jadi ore berjayo la,buke sajo-sajo letok jah"
"mok letok harape tinggi ko mung"
"mung anok sulung...jadi keno jadi contoh kepado adik beradik mung"
"kalu buke mung sapo agi..??"
aku senyap...besar juga tanggungjawab aku ek..
sebenarnya,untuk aku sedar maksud mak aku memakan masa yang agak lama
aku jenis yang suka bermain-main....SANGAT
tetapi kita belajar dengan pengalaman
tidak kisahlah pengalaman kita mahupun pengalaman orang lain
kedua-duanya adalah cara untuk kita belajar
tetapi aku sedar juga akhirnya
entah macam mane hati aku terbuka juga akhirnya
dunia ini bukan berkenaan belajar sahaja
dunia ini bukan berkenaan diri kita sahaja
dunia ini bukan berkenaan kesenangan sahaja
dan yang penting dunia ini bermakna kita adalah hamba Allah S.W.T
segala-gala yang kita lakukan mestilah seimbang
dan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak
oh ya...
hati aku terbuka setelah aku belajar untuk susah
bukan senang hendak belajar untuk susah
tetapi kita akan terasa sudut fikiran kita akan terbuka lebih luas
kita akan memandang dunia ini dari sudut yang berbeza
ternyata dunia ini begitu indah
ternyata manusia itu unik
ternyata Allah S.W.T itu maha besar
aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang
No comments:
Post a Comment