27 November 2009
~ gagal 1x lebih baik daripada berjaya 2x ~
~ homer simpson , tepulang samada nak ikut ape yg die cakap kat atas tuh ;P ~
pernahkah korang dengar "kegagalan pertama kali akan membuahkan kejayaan kedua kali"
xpernah kan?kan?
sebab aku yg reka benda tuh
kenape aku ckap macam tuh..adakah aku ini seorang yang gagal ??
jawapannya adalah pernah dan mungkin
dan kegagalan adalah satu lagi elemen yang xdapat dipisahkan daripada kehidupan seorang HAMBA ALLAH S.W.T
rasional , untuk menguji hambanya dan juga tanda bahawa Allah S.W.T sayang kepada hambanya..
dulu , aku selalu percaya bahawa aku ini seorang yang akan sentiasa berjaya
kenape ??
sebab aku berjaya lompat kelas...cetek kan fikiran aku mase tuh
tapi aku mengantoikan UPSR aku...aku rase pepriksaan UPSR itu satu lagi titik penting dalam kehidupan aku sebab di situlah aku mula sedar ape makna kegagalan
fuuh..sngat perit , aku rase 'loneliness' sangat...maksud aku , aku rase aku bodoh sngat sebab xdapat 5a...satu lagi kecetekan fikiran aku
jadi , masuk2 je skolah menengah , aku terus bertekad untuk merubah diri aku menajdi insan yang lebih baik ( skema punye ayat )
dan keadaan menjadi lebih baik~~tapi tentunya ade gak kegagalan ( XDAPAT DIPISAHKAN )
tetapi aku sedar yang kegagalan tu mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih matang fikirannya ( maksud daripada kurang baik kepada baik sedikit , belum lagi menjadi orang yg berjaya )
pernah dengar Karpal Singh mengulang sebanyak 10 kali ??
memanglah semacam satu motivasi kan..tapi jangan pulak kite fikir kena mengulang banyak kali sebelum kite berjaya
BERUSAHA SEHABIS BAIK
ooh.. benda macam ni nampak macam masalah kecil jew...memang betul sebenarnye..,tetapi kalau kite besar2kannya dan terlampau fikir2kannye....
BOOM..tekanan terhadap diri kite
jadi , tekad kan diri dan buat yang terbaik dan disamping itu 'chill' kan hidup anda
"A failure is a man who has blundered, but is not able to cash in on the experience"
sekali lagi kate2 manis Elbert Hubbard
~ aku pernah merasai kegagalan , banyak kali dan aku rase mungkin banyak lagi akan datang , tetapi aku yakin banyak juga kejayaan kan datang kepada aku , dengan syarat BERUSAHA ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment