08 July 2010

satu kosong




"bendera Sepanyol membuatkan haiwan pun tertarik kepadanya"




baru melepasi separuh akhir yang mendebarkan

Sepanyol menentang Jerman

Sepanyol menguasai perlawanan dengan tidak membenarkan langsung pemain Jerman untuk melakukan serangan balas

dan Sepanyol menang dengan jaringan 1-0 sumbangan pemain pertahanan, Charles Puyol

itu berita utama

kesan sisi perlawanan ini

pernah dengar nama Paul ? [mesti tanggapan pertama, Paul ini seorang lelaki cina atau lelaki dari barat ]

tidak

Paul adalah seekor sotong atau lebih dikenali sebagai Paul the Octopus

apa kaitan sotong dengan Piala Dunia 2010 ini..??

ramalan yang dilakukan olehnya

sekarang Paul berada di Oberhausen, Jerman Barat

kononnya, Paul telah meramal keputusan dalam lima perlawanan Jerman sebelum ini dan menarik sekali, kesemua ramalannya adalah tepat

*Paul meramal dengan memilih salah satu daripada dua bendera yang diletakkan di dalam kotak yang mengandungi makanan
*kotak kaca pertama yang dipilih oleh Paul dikatakan sebagai pemenang

setakat ini semuanya tepat terutama sekali semasa Jerman dikejutkan Serbia 1-0 walaupun Jerman dikatakan akan menang oleh pemerhati profesional

tetapi

itu hanya ramalan Paul untuk Piala Dunia 2010

sebelum ini dia juga pernah meramal untuk Euro 2008 tetapi tidak semuanya tepat

*cukup dengan sotong

beralih kepada manusia yang mengikuti perkembangan Paul pula

jangan terlampau mudah percaya

kerana taksub akan menjelma

bila berita seperti ini disebarkan dengan meluas dan tanpa kawalan

isu lain yang akan timbul

lebih-lebih lagi Piala Dunia juga dikaitkan dengan judi [ tidak ada "judi haram" ]

tidak mengira agama

judi ini membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan

*kebaikan itu pun hanyalah ditimbulkan untuk mempertahankan judi itu sendiri

renungi kejadian tuhan ini namun jangan terpedaya dengannya

oh , mungkin tidak perlu dipesan tetapi benda kecil seperti inilah yang akan dilepas pandang oleh kita

** sekali lagi, ramalan Paul tepat setelah Sepanyol menang dengan Jerman

No comments:

Post a Comment