19 July 2010

Islam

Islam

SURAH ALI IMRAN - AYAT 18 & 19 ;




Terjemahan:

"18. Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-Malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.
19. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dan tiada bertelingkah Ahli Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan berdengki-dengkian sesama mereka. Barangsiapa mengingkari ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira."

*penekanan diberikan kepada pengertian (surah Ali'Imran : 19)

perkataan Islam itu bermaksud

penyerahan diri kepada Allah S.W.T,tuhan yang Maha Kuasa, dan Maha Esa

Tegasnya, agama di sisi Allah ialah penyerahan yang bersungguh-sungguh kepada Allah.

Maka, walaupun seseorang mengaku mengaku memeluk Islam

kalau dia tidak menyerah dengan penuh kesungguhan kepada Allah

belumlah dia Islam

sebab dia belum menyerah

dan

menyerah ini ialah seluruh umat Islam , bukan suku Arab atau suatu suku bangsa sahaja

17 July 2010

gementar

ASSALAMU'ALAIKUM WRA WBA,
JALAN YANG TERBAIK IALAH JANGAN TERLALU TAKSUB KEPADA SESUATU ALIRAN DAN PANDANGAN.
BAIK SEHEBAT MANA PUN PANDANGAN DAN ALIRAN YANG DI BAWA OLEH SESAORANG ATAU SATU KUMPULAN, INGATLAH MEREKA BUKANLAH NABI ATAU RASUL YANG MAKSUM YANG SUDAH TENTUNYA TIDAK TERKECUALI DARI KEKURANGAN DAN KESILAPAN.
OLEH ITU BERLAPANG DADALAH DALAM MENGHADAPI SITUASI BEGINI.
KITA YANG DITAKDIRKAN ALLAH HIDUP DIZAMAN INI, ZAMAN YANG PENUH DENGAN FITNAH PERLU BERWASPADA. DAN SEBAIK-BAIK WASPADA ITU IALAH DENGAN BANYAK MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH DENGAN DIKURNIAKAN ALLAH BERSIH AKIDAH, DAPAT BE'AMAL MENEPATI SYARIAT DAN BERAKHLAK YANG DAPAT MENYELAMATKAN KITA DARI MUFLIS DI AKHIRAT KELAK.
JANGAN KITA TERLALU TAKSUB UNTUK MEMPERTAHANKAN SESUATU IKUTAN KITA ITU DENGAN MELAYANI NAFSU KITA SEMATA-MATA, HINGGA DAPAT MENGALAHKAN AKAL FIKIRAN SERTA RISALAH YANG DIWAHYUKAN.
INGAT! SYAITAN SENTIASA MENGINTAI-INTAI UNTUK TURUT SERTA... YANG ALIM PUN SUDAH RAMAI TERPEDAYA... SEBAB GHAIRAH SANGAT UNTUK TURUT BERPOLIMIK (sedangkan syaitan datang membisik-bisikan 'anta hebat sheikh...)
HOTMATILAH DAN BERADABLAH TEHADAP PARA ULAMA YANG MASING-MASING ADA PANDANGAN DAN HUJAH MASING SERTA ADA PENGIKUT MASING-MASING.
SARINGKAN DAHULU (tak mampu bersendirian, bertanya dan siasat dengan saksama dan mohon petunjuk Allah) ATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TERSEBUT.
TAK RUGI BERSIKAP BEGINI, PALING-PALING TIDAK PUN KITA TERSELAMAT DARI MAKSIAT UMPAT DAN FITNAH.
SEMOGA APA YANG SAYA NUKILKAN INI, DIMOHONKAN KEPADA ALLAH AGAR DAPAT SAYA PEGANGI SELAGI MASIH HIDUP, SEMOGA DAPAT KEMBALI KEPADA ALLAH DIDALAM BERKEADAAN BERSIH UNTUK BENAR-BENAR LAYAK MENDAPAT GELARAN "KEMBALI KE RAHMATULLAH"
WALLAHU'ALAM, WASSALAM.

petikan komentar yang ak rasa bernas

susah untuk membuat pilihan yang benar bukan..??

ak lebih takut dengan impak pilihan yang kita buat

kerana beban yang akan kita tanggung

dikhuatiri membuatkan kita rebah nanti

jauh2..mudah-mudahan dijauhkan

15 July 2010

lapan yang baik

penjagaan kesihatan cara Rasulullah S.A.W

1. Selalu bangun sebelum subuh

2. Aktif menjaga kebersihan

3. Tidak pernah makan berlebihan

4. Gemar berjalan kaki

5. Tidak pemarah

6. Optimis dan tidak putus asa

7. Tidak pernah iri hati

8. Pemaaf

idola yang sebaik-baiknya dapat kita contohi

dan kita masih lagi terlepas pandang

lambat-laun akan sedar namun lebih baik sedar sekarang daripada kemudian bukan..??

amalan yang mungkin dikatakan naif di zaman serba moden ini

namun faedahnya melimpah ruah

cuma menunggu kita datang merebutnya..=)

14 July 2010

semakin banyak semakin sikit

petang tadi berjumpa sahabat lama

banyak yang dibualkan

dan banyak yang dapat difahami dengan lebih mendalam

dan Insyaallah ke jalan yang benar ...=)

perumpamaan ini sudah cukup menggentarkan aku

"kita sangka kita di pihak yang benar tetapi kita sebenarnya menghancurkan apa yang kita cuba mempertahankan"

ini berkaitan persoalan agama

dan sememangnya amat-amat penting untuk direnungi

Insyallah..we'll find our way..have faith

12 July 2010

2010/2011

semester satu tahun dua 2010/2011

semoga permulaan yang baik

belajar daripada kesilapan

memperbaiki diri

sentiasa mengingati tujuan mengejar ilmu itu sendiri

dan sentiasa ,sentiasa ,sentiasa muhasabah diri

10 July 2010

sahabat

 
Posted by Picasa

knowledges




only chase knowledges

it never enough with one books

but be careful in chasing knowledges

you may

but always remember where you from and stay humble

because

knowledges were never enough

08 July 2010

satu kosong




"bendera Sepanyol membuatkan haiwan pun tertarik kepadanya"




baru melepasi separuh akhir yang mendebarkan

Sepanyol menentang Jerman

Sepanyol menguasai perlawanan dengan tidak membenarkan langsung pemain Jerman untuk melakukan serangan balas

dan Sepanyol menang dengan jaringan 1-0 sumbangan pemain pertahanan, Charles Puyol

itu berita utama

kesan sisi perlawanan ini

pernah dengar nama Paul ? [mesti tanggapan pertama, Paul ini seorang lelaki cina atau lelaki dari barat ]

tidak

Paul adalah seekor sotong atau lebih dikenali sebagai Paul the Octopus

apa kaitan sotong dengan Piala Dunia 2010 ini..??

ramalan yang dilakukan olehnya

sekarang Paul berada di Oberhausen, Jerman Barat

kononnya, Paul telah meramal keputusan dalam lima perlawanan Jerman sebelum ini dan menarik sekali, kesemua ramalannya adalah tepat

*Paul meramal dengan memilih salah satu daripada dua bendera yang diletakkan di dalam kotak yang mengandungi makanan
*kotak kaca pertama yang dipilih oleh Paul dikatakan sebagai pemenang

setakat ini semuanya tepat terutama sekali semasa Jerman dikejutkan Serbia 1-0 walaupun Jerman dikatakan akan menang oleh pemerhati profesional

tetapi

itu hanya ramalan Paul untuk Piala Dunia 2010

sebelum ini dia juga pernah meramal untuk Euro 2008 tetapi tidak semuanya tepat

*cukup dengan sotong

beralih kepada manusia yang mengikuti perkembangan Paul pula

jangan terlampau mudah percaya

kerana taksub akan menjelma

bila berita seperti ini disebarkan dengan meluas dan tanpa kawalan

isu lain yang akan timbul

lebih-lebih lagi Piala Dunia juga dikaitkan dengan judi [ tidak ada "judi haram" ]

tidak mengira agama

judi ini membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan

*kebaikan itu pun hanyalah ditimbulkan untuk mempertahankan judi itu sendiri

renungi kejadian tuhan ini namun jangan terpedaya dengannya

oh , mungkin tidak perlu dipesan tetapi benda kecil seperti inilah yang akan dilepas pandang oleh kita

** sekali lagi, ramalan Paul tepat setelah Sepanyol menang dengan Jerman

06 July 2010

merenung langit setinggi layang-layang




mungkin ini lagi indah..entahlah
tetapi dunia ini memang indah




banyak keindahan yang aku rasa indah

tetapi bagi aku

pergilah ke sekolah lama anda

pergilah ke padang

cari pokok yang rendang

duduklah di situ

baringkan diri

lima minit , sepuluh minit , ambil selama yang boleh

kosongkan fikiran

itulah definisi keindahan

02 July 2010

satu lagi...pengajaran mungkin..??



mematahkan besi adalah susah untuk manusia biasa macam aku, namun dengan bantuan alatan tertentu, aku mampu...
bolehkah diumpamakan dengan sikap..??




masa memang berlalu dengan pantas

aku selalu bercakap seolah-olah aku menghargai masa dengan sepenuhnya

tetapi tidak

aku selalu kata aku akan mengejar masa

tetapi tidak

aku selalu kata aku akan mendahului masa

tetapi tidak

aku selalu kata orang yang tidak tahu menghargai masa akan rugi

tetapi tidak

banyak tidak

tidak kepada benda positif

aku yang akan rugi

ketinggalan, sentiasa lambat, sentiasa itu, sentiasa ini, kerugian

aku tidak mencari kesempurnaan

namun berusaha kearah untuk menjadi lebih baik adalah tidak salah

sokongan diperlukan

selain keazaman diri

sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri

satu lagi kelemahan aku, tetapi bukan penghalang

semua orang mampu nampak kelemahan orang lain , tetapi diri sendiri..??

*semoga tahun 2 di UKM membawa lebih banyak kebaikan kepada diri sendiri

01 July 2010

FIFA Kombe La Dunia 2010

setiap yang bermula ada pengakhiran

piala dunia 2010 semakin menghampiri penamat

sekarang 8 pasukan masih lagi tinggal

bersaing di suku akhir untuk 4 slot di separuh akhir




the oranje ( orange )




A Selecao ( the selection )




La Celeste ( the sky blue )




The Black Stars




La Albiceleste ( white and sky blue )




Die Mannschaft ( the team )




La Albirroja ( white and red )




La Furia Roja ( the red fury )


masing-masing mempunyai peluang tersendiri

dengan usaha gigih disertai tuah , siapa tahu

Bahati Nzuri

*Swahili