22 June 2010

soalan yang indah



“It is our choices that show what we truly are, far more than our abilities.”
Joanne Kathleen Rowling


Assalamualaikum

lama xupdate blog

sibuk dengan aktiviti lain

sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang tatkala cuti semester ini

terisi itu maksudnya diisi dengan aktiviti yang berfaedah

yang memberi pulangan balik

yang membuatkan aku rasa makin bersemangat untuk belajar lagi , lagi dan lagi

membuatkan aku merasakan semakin banyak aku belajar semakin banyak aku kena belajar

walaupun itu kebenarannya

namun jika sesetengah orang tidak mengalami peristiwa itu sendiri

maka mereka akan terus "tidur"

terlena dibuai mimpi

kalau ada orang tegur , satu kelebihan

kalau tidak ,, terus terlena

oh ya ,

ada satu soalan dalam benak sanubari ini

"apa matlamat hidup ko di dunia ini"


dan soalan itu masih terngiang-ngiang dan bergema didalam minda

jawapan yang diberi pada masa itu

entahla

*jawapan biasa daripada aku

tetapi kali ni aku merasakan jawapan itu sangatlah tidak bererti untuk soalan seindah itu

dan sayu memikirkan kerana gagalnya aku menjawab soalan itu

bermakna kehidupan aku selama 19 tahun di dunia ini masih

tiada matlamat

tiada arah tuju

kabur

abaikan umur , ini berkaitan dengan pemikiran , berkaitan juga dengan agama kita

Islam

tidak dapat tidak , kita tidak boleh lari daripada agama kita

kerana agama itu bukan sekadar nama tetapi itu adalah pegangan , itu adalah cara hidup , itu adalah KITA sendiri

bukan sekadar untuk diiisi didalam borang ( yang bertanyakan agama apa ) semata-mata

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya, tiada Tuhan selain Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia" (Al-Mukminun: 115-116)

sebenarnya ada bermacam-macam matlamat hidup manusia di dunia ini

tidak semuanya matlamat yang mulia , ada yang tidak baik

jadi matlamat kita mestilah berlandaskan Al-Quran Al-Karim

kerana ia lengkap , tidak perlu dipersoalkan

malah jika kita memahaminya , dan mengamalkannya

dengan cara penghayatan sepenuhnya

nescaya jalan kita adalah jalan kebaikan

Di sini aku sertakan satu kisah indah

Baginda bersabda, "Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah?".

Aku menjawab, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui."

Baginda bersabda, "Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya".

dan sambungannya lagi

Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi, "Wahai Muaz bin Jabal!" dan aku menyahut, "Telahku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah".

Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas?"

Aku menjawab, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui".

Akhirnya baginda bersabda, "Allah tidak akan menyeksa mereka".

bila niat kita sudah betul dab berlandaskan agama kita

maka insyaAllah segala-galanya dirahmati olehNya

namun ia tidak semudah itu

kita perlu sentiasa beringat

kerana dalam tidak sedar mungkin ada kita tersilap

seperti perasaan takbur , riak

mudah-mudahan dijauhkan

sebab kita hanya manusia

namun jangan dijadikan "manusia" itu sebagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu sebaik-baiknya

mudah-mudahan contengan ringkas ini menjadi peringatan buat aku seterusnya kamu semua

1 comment:

  1. sekiranya anda tahu dan faham MENGAPA anda dilahirkan di dunia ini, sudah tentu anda bercita2 dan berjiwa besar untuk menjadi insan LUAR BIASA..maka rugilah anda yang hanya menganggap hidup ini 1 'permainan biasa'...sekiranya seseorang itu faham bahawa Islam itulah tujuan hidupnya, pasti tenaga, harta dan masanya hanyalah untuk Islam..moga anda semakin jelas dengan matlamat hidup anda di dunia ini..may ALLAH bless u always..best regards, illyza...

    ReplyDelete