29 January 2010
learning process never stop , and it was continuously
saya juga manusia
bila berkata tentang manusia
salah satu ciri manusia adalah kecenderungan untuk melakukan kesilapan adalah sangat
besar
tetapi ia juga menjadi kecenderung bahawa manusia ingin menjadi sempurna
walaupun mereka tahu bahawa itu adalah mustahil
semalam saya belajar perkara baru tentang "etika"
ia sebenarnya bukan perkara baru
sebaliknya sesuatu yang dilepas pandang oleh saya
mungkin kerana pergaulan
mungkin kerana masalah emosi
mungkin kerana kecetekan ilmu
*itu semua hanya alasan
juga menjadi kecenderungan manusia untuk mencipta alasan setelah melakukan sesuatu
dan SAYA tidak terkecuali
dan perkara yang menariknya saya ditegur oleh pensyarah
saya tidak marah dengan beliau
sebaliknya saya berasa gembira walaupun dalam masa yang sama , sedih dengan tingkah
laku saya sendiri
kerana kalau tidak dilatih daripada sekarang
sampai bila baru saya hendak mula belajar
ia adalah sebahagian daripada kehidupan
dan "melentur buluh biarlah dari rebungnya"
berbalik kepada pensyarah tadi
saya tidak merasa tersinggung
sebaliknya saya berjumpa dengannya dan saya mengucapkan terima kasih atas teguran itu
dia berkata
"ramai orang cerdik , ramai orang pandai ,tetapi mahu mencari orang pandai , orang
cerdik yang mempunyai apa yang saya sebut adalah "..dia mengeluh
saya masih lagi dalam proses belajar dan ia berterusan , Istiqamah...
*esok test kontrak , nasib baik Consti dibenarkan merujuk buku ( open book test )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
manusia tidak pernah sempurna..selagi kita bernafas,belajar adalah satu kewajipan..teruskan belajar.. dan anda akan dapat kepuasan dari belajar..
ReplyDelete