aku percaya untuk menjadi seorang muslim yang bagus , kite kena menghayati dan melakukan semua amalan yang diwajibkan oleh agama kite , Islam
Firman Allah:
“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (surah al mukminun:1-2)
bagaimana hendak khusyuk dalam solat ..??
Khusyuk dalam solat ialah keadaan hati yang sentiasa ingat kepada Allah sewaktu
melakukan solat sama ada ketika berdiri, rukuk, sujud dan semua gerakan dalam solat.
sukar bukan...sebab otak kite sentiase berfikir
sebenarnye x sukar
bergantung kepada diri kite..kerana kite sebagai hamba Allah S.W.T
tidak mampukah kite untuk menumpukan sepenuh perhatian ??
tidak berkeupayaankah kite ??
jadi , untuk khusyuk dalam solat ini
sebenarnya bermula sebelum solat itu sendiri
kite perlu mempersiapkan diri kite dengan sebaik mungkin
byangkan kite hendak bertemu dengan Raja
sudah pasti kite akan melakukan yang terbaik
lebih2 lagi ini adalah pertemuan Raja segala Raja
semua makhluk di langit dan bumi tunduk kepada-Nya
kite boleh mengikut peraturan di dunia ini
kenapa kite tidak boleh mengikut urutan yang membawa faedah kepada kite
bahkan , ia sebenarnya adalah tanggungjawab dan kewajiban kite
mengikut Imam Al-Ghazali ,
ade 6 cara untuk khusyuk dalam solat
yang pertama adalah Hudhurul qalb (menghadirkan hati)
iatu kite ingat kepada siapa kita sedang berhadapan sewaktu menunaikan solat
suatu zat yang sentiasa memberi rezeki dan pertolongan kepada kita
tetapi kita asyik melanggar perintahnya
yang kedua Tafahhum (memahami)
kite kena fahami apa yang kita baca
ibarat kita memakan nasi tanpa lauk tetapi penuh berselera kita memakannya
samalah dengan membaca al-fatihah tetapi kita tidak tahu apa maksudnya
yang ketiga Ta’zhim(mengagungkan Allah)
apabila kita dah faham dan menghayati
secara automatiknya kita akan mengagungkan Allah S.W.T
kita akan terasa dengan sendiri "hinanya aku jika aku melanggar maksud kalimat suci yang sering aku luahkan selama ini"
yang keempat haibah ( takut dengan kekuatan Allah S.W.T)
apabila kita khusyuk dalam menunaikan solat , kita akan menjadi takut dengan kekuasaan Allah S.W.T
kita akan terbawa-bawa dengannya bukan sahaja di dalam solat bahkan sehingga selepas solat
ketakutan ini merupakan satu anugerah . ketakutan inilah yang dinamakan takwa
nampak senang untuk diperoleh namun jika lalai dalam solat.....hurmm..:(
yang kelima adalah Haya' ( malu )
sewaktu kita berhadapan dengan-Nya
kita akan berasa malu kerana dosa kita yang banyak
bahkan selepas solat pon , kita akan terfikir betapa tidak sempurna solat yang baru
kita tunaikan kerana hati masih teringat-ingat kepada dunia
dan kita juga sepatutnya malu untuk melakukan perkara yang dilarang kerana kita tahu bahawa kita sedang diperhatikan
yang keenam adalah Raja' ( amat-amat berharap )
setelah selesai menunaikan solat
kita kena memohon doa kepada-Nya supaya solat kita diterima
dengan penuh pengharapan supaya Allah S.W.T yang maha penyayang menerimanya
~ nasihat dan peringatan untuk diri sendiri ~
sgt mantap!!..
ReplyDeleteilmiah..
orang mmg patut tahu!!..
hehe
*bole aku tahu sumber?..buku@tenet?