28 January 2010

demam pilihanraya melanda UKM

test consti dan test contrak

2 perkara penting untuk minggu ini

pilihanraya juga adalah minggu ini

penamaan calon diadakan pada hari Isnin 25/1 yang lalu

dijalankan di Pusanika

kempen dijalankan dengan giat

baik dari pihak Aspirasi mahupun Gerakan Mahasiswa

FUU dipenuhi dengan gambar-gambar Superman

Mahasiswa dan Mahasiswi diedarkan dengan risalah-risalah manifesto sebesar buku 555

ketika makan rojak di kafeteria FUU , pandangan pasti tidak akan lari daripada poster

- poster calon yang bertanding

kerana digantung hanya beberapa inci diatas meja makan

begitu menarik sekali suasana pilihanraya

saya tidak akan menyentuh tentang calon yang bertanding

kerana kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri

dan ini BUKAN BLOG POLITIK

pengundian akan diadakan di Kolej kediaman masing-masing

namun taktik yang digunakan oleh kedua-dua pihak

masih lagi tidak matang dan terikut-ikut dengan suasana politik luar

berbeza dan tidak menepati status kita sebagai PELAJAR UNIVERSITI atau turut dikenali

sebagai MAHASISWA

apapun , SELAMAT MENGUNDI dan pilihlah calon yang buat kerja kerana pangkat sahaja

tidak membawa apa-apa makna pun jika tidak digunakan dengan sebaik-baiknya dan

diguna-gunakan sebaiknya untuk pengundi yang memangkah nama "KAMU" !!

1 comment: