10 December 2010
ketawa, menangis
ada satu cerita di dalam cerita
semua orang tersenyum
semua orang gembira
satu orang tertinggal, dia duduk di tepi
dia melihat tapi tidak dilihat
dia bercakap tapi tidak didengari
dia melambai tapi tidak dilayan
dia sedih tetapi tidak menangis
umpama topeng
kita tidak akan tahu apa yang ada disebalik topeng
jika kita tidak memerhatikannya, cuba merungkaikannya
berbalik kepada "dia"
dia bangun tetapi tidak dapat berdiri dengan betul
dia bangun, bangun, dan bangun, dan cuba berdiri dengan betul
tetapi masih tidak berjaya
dia cuba menggapai makanan yang ingin dimakannya
tetapi gagal, gagal, dan gagal lagi
tetapi dia terus menggapai, cuba menggapai lagi
tersentuh sedikit, namun masih tidak berjaya
dia mencuba dan mencuba lagi
usaha tidak berpenghujung, terisi sebenarnya hidup ini, tiada istilah "boring"
"terisi" itu bagaimana?
ungkapan indah namun kosong daripada tindakan
terisi yang betul-betul terisi
itu yang susah, susah kerana kita yang menyusahkannnya
dan susah kerana itu adalah ujian daripada Nya
"Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
ya, Dia ada
terisi kerana "Dia"
terisi untuk "Dia"
barulah "terisi" itu menjadi indah
dan barulah cerita ini menjadi manis untuk diceritakan
*"dia" dan "Dia" merujuk kepada makna yang berlainan
~cermin oh cermin, kita tengok cermin kita akan tengok refleksi imej diri kita bukan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika dia uji kita dengan musibah, tidak bererti Dia tidak menyayangi kita.. Itulah tandanya Dia sayangkan kita.. Segala puji bagimu Ya Allah
ReplyDeletebetul, sayang itu perkataan yang tepat
ReplyDeletesayang Dia tidak terhad kepada dikurniakan kesenangan kepada kita semata-mata
sayang Dia adalah untuk melihat kita melepasi ujian yang diberikan olehnya