10 November 2010

Huberdina Maria Hertogh @ Natrah

keputusan hakim HUBERDINA MARIA HERTOGH MESTILAH DIKEMBALIKAN KEPADA IBU BAPA KANDUNGNYA

hancur berkecai rasa hati Mansor (suami)

Che Aminah pengsan (ibu angkat)

Natrah menjerit dan menangis(insan penting di sini)

apa perasaan Natrah ketika itu?

"saya menangis sekuat hati dan menggenggam tangan Mansor dengan seerat-eratnya"
(sambil menggayakan tangannya sendiri) untuk mengelakkanya dibawa pergi.Saya masih ingat lagi ketika itu tidak ada sesiapa pun boleh membuka genggaman erat tangan tersebut.

Oleh kerana tidak ada cara memutuskan kami berdua, mereka menyuntik saya, dan saya tidak dapat mengelak, terus tidak sedarkan diri.Bila sedar, saya telah berada di gereja..


Mansor Adabi

"rasanya seperti langit hendak runtuh pada ketika itu"

ulasan Ahmad Ibrahim, peguam kepada Natrah untuk kes pusingan pertama(kes ini dimenangi Natrah secara rayuan kerana kecuaian teknikal Konsul Belanda)

- mengikut undang-undang inggeris pada ketika itu, hak bapa adalah kuat kepada anaknya

-boleh dikatakan berat sebelah sebab hakim dan yang menuntut adalah orang Barat

-sebagai peguam, saya berpuas hati kalah tetapi sebagai Islam, saya rasa sangat kesal

-2 cara mengelakkan Natrah dibawa ke Belanda

1) sebelum kes, Che Aminah jangan bawa Natrah ke Singapura
2) selepas kes, elakkan perkahwinan di Singapura

persoalan undang-undang tidak dirujuk kepada peguam kerana Mansor tidak tahu undang-undang

ini adalah sedikit intisari tentang kes yang menyebabkan hati Melayu dan umat Islam sekitar Asia Tenggara bersatu hati didalam usaha memperjuangkan Islam semasa itu.

pencetus kepada usaha Ahmad Ibrahim untuk memartabatkan Undang-Undang Islam di Malaysia

1 comment:

  1. sumber

    Natrah (1973-2009)
    Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Bertha
    Cinta.Rusuhan.Air Mata

    Fatini Yaacob

    ReplyDelete