03 November 2010

3 si bodoh






di dalam ruang masa yang lengang selama beberapa hari antara satu subjek dan subjek

untuk peperiksaan akhir Sem 1 2010/2011

ak telah menggunakan masa itu untuk menonton cerita Bollywood, 3 Idiots

cerita ini berdasarkan novel jualan terbaik karya Chetan Bhagat di India dan telah diklasifikasikan sebagai klasik

impaknya lebih kurang sama dengan novel Lasykar Pelangi karya Andrea Hirata di Indonesia

topiknya juga sama, ilmu

satu perkataan yang sangat bernilai dan patut dikejar

ilmu boleh diperolehi dengan bermacam-macam cara

bukan sahaja daripada buku, pertanyaan, malah dengan melihat ke alam sekeliling kita juga boleh membantu untuk mendapatkan ilmu

cerita ini sangat sinonim dengan realiti sebenar kehidupan seseorang mahasiswa

ya

seseorang mahasiswa boleh mengambil jalan untuk membunuh diri jika berada dalam keadaan terdesak

situasi dimana gred purata tidak memuaskan [dalam satu babak, seorang pelajar telah menggantung dirinya kerana dekan tidak membenarkannya untuk disenaraikan didalam Majlis Graduasi]

dan juga tujuan seorang mahasiswa itu masuk ke universiti adalah sebagai tiket untuk mengejar status dan kedudukan yang lebih tinggi di dalam masyarakat [ Chatur atau "Silencer" berjaya menunjukkan keadaan ini]

tetapi diakhirnya, cerita itu berjaya memaparkan ilmu itu yang paling bernilai dan paling berharga

merendah diri dan sentiasa mengejar ilmu

dan babak dimana salah satu watak utama, Rancho menerangkan buku dengan bahasa yang kompleks sebagai membalas kenapa penerangannya yang membawa maksud yang sama tetapi diterangkan di dalam bahasa yang lebih mudah tidak diterima

ia bukan bermaksud kurang ajar dengan pensyarah

tetapi bermaksud ilmu itu dapat disampaikan dengan macam-macam cara

walau pengemis sekalipun yang bercakap

tetapi 3 Idiots merupakan karya yang bagus

ilmu juga boleh dipelajari begini

namun, kejarlah ilmu yang baik

4 comments:

  1. ilmu boleh diambil dari mana-mana sahaja..sebab itu niat asal kita belajar kerana Alaah SWT,, bukan kerana harta,pangkat dan wang ringgit.. insyaAllah akan dijauhkan dari sebarang musibah

    ReplyDelete
  2. i really like this story :) its all about life, study n frenship..make we more appreciate what we've :D

    ReplyDelete
  3. xsempat nak tengok lagi cite ni...
    pape pon ilmu buat kita lebih yakin untuk lalu liku2 hidup ni...><
    Semoga segala ilmu yg dituntut dapat keredhaan Allah...ameen

    ReplyDelete
  4. phrase y menarek dlm cite ni

    'kita akan merasa sedey jika tahu diri kita berada ranking yang teruk dlm peperiksaan,tapi kita akan lebey sedih jika tahu sahabat baik kita sendiri lebih berjaya dari kita'

    ilmu + agama pembezakan seseorang itu bertamadun @ pon tidak =}

    ReplyDelete