11 March 2010

u got it , grab it , don't release it

kita semua ada kawan

sesetengah kawan boleh digelar sahabat

sesetengah kawan hanyalah kawan ( sekadar berpura-pura )

kalau tidak bertegur , adakah itu kawan ..??

dan hanya berdekatan ketika senang

tetapi berjauhan apabila susah

dan kembali berdekatan ketika senang

adakah itu kawan

yup

kita masih akan tetap menganggap itu kawan

tetapi adakah tindakan kita itu berbaloi...??

yup

ia berbaloi kerana adalah lebih baik kita melakukan kebaikan terhadap orang

daripada orang melakukan kebaikan terhadap kita

tetapi bagaimana kalau kawan memijak kepala kita..??

hiraukan kerana mereka yang melakukan sedemikian akan jatuh jua

cuma kita tidak seharusnya menyimpan dendam

kerana menyimpan dendam ini menyakitkan hati

merosakkan hati , membutakan hati sehingga kebenaran menjadi kabur

sehinggakan perkara baik disalah anggap

rasionaliti dan pertimbangan yang waras adalah amat penting

dalam kehidupan kita di dunia ini

dan jika telah meyakini menjumpai sahabat yang betul-betul baik

hargailah kerana seseorang itu memang berharga

pedulikan kelemahannya

ia boleh diatasi dengan belajar

perhatikanlah kekuatannya dan keihklasannya~

~selamat berjaya untuk adik saya bersempena keputusan SPM 2009 yang akan keluar pagi nanti , insyallah~

1 comment:

  1. ye, betullah tu.
    adakah saya boleh dikategorikan sbg kwn susah senang? sy x tau. anda je yg tau.
    =)

    hidup jgn sesekali simpan berdendam.

    ReplyDelete