dah lama tidak mengemas kini blog
sampai tengok hidup segan mati tidak mahu
puncanya adalah kerana malu
malu sebab
1) blog ini bercorak motivasi dan nasihat dimana aku menggunakan pengalaman aku yang sedikit ditambah dengan pengetahuan yang juga sedikit jadi jika aku sendiri tidak mengamalkannya..apa guna.?
2) mungkin aku merasakan tanggungjawab menyebarkan kebaikan Islam itu tanggungjawab orang lain.Maksudnya,aku lebih mengamalkan sikap berdiam diri yang mana ia tidak membantu proses penambahbaikan diri sebenarnya.
"mengajar itu menambah ilmu"
3) aku juga takut sedang aku bercakap benda yang kusangkakan baik sebenarnya salah sama sekali.Dan sebenarnya ia memang kerap kali berlaku.Dan aku mencari kebenaran dengan berpandukan syarak.Aku takut apa yang aku kata adalah salah ( ilmu masih kurang,tetapi cakap berdegar-degar)
tiga ini adalah antara sebab yang aku kenalpasti
dan banyak lagi
dimana kalau nak ditulis , sangatlah panjang
yang aku akan "update"kan dari masa ke semasa
sebagai refleksi diri
mungkin menjadi pengajaran kepada yang lain
dan
selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
=)
hasil manis untuk mereka yang berjuang dengan ikhlas selama sebulan
No comments:
Post a Comment