26 September 2010

sulit tetapi berhikmah

minggu ni

2 ujian menanti

Undang-undang Jenayah Islam dan Undang-undang Keluarga Islam

semoga berjaya dalam menjawabnya

bercakap tentang kedua-dua subjek ini

ak sangat menyukai kedua-dua subjek ini

ak sangat meminati kedua-dua subjek ini

kerana

ia berkaitan dengan agama aku

sesuatu yang aku boleh amalkan

juga membantu untuk memahami dengan lebih tentang agama ak sendiri

setiap yang sulit itu tersembunyi sesuatu yang indah di belakangnya

Allah berfirman, “Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.” (Al-Thalaq: 7). Dalam ayat lain, kemudahan itu dikatakan datang bersama dengan kesulitan itu sendiri. Dengan kata lain, dicelah-celah setiap kesulitan selalu ada kemudahan. Perhatikan firman Allah ini: “Karena sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”(Al-Insyirah: 5-6). vKemudahan itu, tentu saja tidak datang secara cuma-cuma. Dibutuhkan sekurang-kurangnya tiga syarat untuk mendapatkannya. Pertama, usaha dan kerja keras dari setiap orang yang diterpa kesulitan. Kedua, sabar dan tahan uji dalam mengatasi dan menanggulangi kesulitan itu. Ketiga, penuh harap dan optimistik bahwa kesulitan itu akan segera berlalu.


dirujuk daripada http://muslimabipraya.wordpress.com/2008/05/27/kemudahan-di-balik-kesulitan/

sememangnya Islam itu indah

=)

21 September 2010

suatu anekdot

orang mahu mengaplikasikan sesuatu yang besar dengan berkesan

sedangkan prinsip yang asas pun tiada kesepakatan

perpecahan tiada manfaat , membawa hanya lebih banyak perdebatan yang hasilnya

jalan mati


-pengaplikasian undang-undang Islam

20 September 2010

sedikit pendek

jadi

kesimpulanya

usaha kena lebih kuat,lebih gigih

13 September 2010

refleksi kepada kesenyapan

Assalamualaikum

dah lama tidak mengemas kini blog

sampai tengok hidup segan mati tidak mahu

puncanya adalah kerana malu

malu sebab

1) blog ini bercorak motivasi dan nasihat dimana aku menggunakan pengalaman aku yang sedikit ditambah dengan pengetahuan yang juga sedikit jadi jika aku sendiri tidak mengamalkannya..apa guna.?

2) mungkin aku merasakan tanggungjawab menyebarkan kebaikan Islam itu tanggungjawab orang lain.Maksudnya,aku lebih mengamalkan sikap berdiam diri yang mana ia tidak membantu proses penambahbaikan diri sebenarnya.

"mengajar itu menambah ilmu"


3) aku juga takut sedang aku bercakap benda yang kusangkakan baik sebenarnya salah sama sekali.Dan sebenarnya ia memang kerap kali berlaku.Dan aku mencari kebenaran dengan berpandukan syarak.Aku takut apa yang aku kata adalah salah ( ilmu masih kurang,tetapi cakap berdegar-degar)

tiga ini adalah antara sebab yang aku kenalpasti

dan banyak lagi

dimana kalau nak ditulis , sangatlah panjang

yang aku akan "update"kan dari masa ke semasa

sebagai refleksi diri

mungkin menjadi pengajaran kepada yang lain

dan

selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

=)

hasil manis untuk mereka yang berjuang dengan ikhlas selama sebulan