16 April 2010
shadow inside you will appear outside you
~bayang-bayang adalah teman sejati kita sebab ia sentiasa ada dengan kita , setujukah..??~
pertengahan musim peperiksaan
sudah melepasi antara ujian genting
namun belum melangkahi ujian penting
gejala yang sama berulang kembali
sentiasa memberikan yang terbaik pada saat-saat akhir
*makin besar makin menjadi-jadi
kemudian menyedarinya
seolah-olah
baru pertama kali melakukannya
*manusia melakukan kesilapan , namun jika kesilapan yang sama , triple jeopardy ..??
[sedikit unsur perlembagaan di situ ]
dan apakah responsnya
ambillah iktibar daripadanya
itulah kelebihan manusia
belajar kerana ada akal
boleh merenung , boleh menganalisis kesilapan sendiri
tetapi penggunaanya dibezakan dengan tuan punya kepada akal itu sendiri
*setiap orang boleh pergi ke Kuala Lumpur tetapi adakah jalan yang sama sahaja boleh digunakan..??
masalah tentang diri kita
adalah kita sentiasa akan mengulangi kesilapan yang sentiasa kita pernah lakukan
adalah kita sedar kita sedang mengulangi kesilapan yang kita pernah lakukan
adalah kita sedar kita akan mengulangi kesilapan yang sama
dan masalah tentang diri kita
kita sentiasa mengabaikannya
"biarlah dulu"
*ayat faveret
tetapi hasilnya hampeh , tidak membawa kemana , malah memastikan kita di belakang
tiada hasil
adakah itu hasrat kita..??
sudah tentu tidak
sikap berlengah-lengah memang satu sikap yang buruk
satu parasit dalam diri yang hanya diri sendiri dapt menghapuskannya
cara..??
diri sendiri tahu
*kamu lebih kenal diri kamu sendiri
bagi saya
caranya adalah bertegas dengan diri
sentiasa mengingatkan diri
dan istiqamah dalam melakukannya
huhu dan ia memang bukan mudah
namun bukan sukar
tapi jangan lari daripadanya
kerana ia adalah bayang-bayang kita ~
-tik tok , tik tok , pesanan untuk diri sendiri bagi elakkan diri sendiri lalai -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kajai sangat tidak tenang..diganggu oleh anasir luar dari stadium UKM..argh!!tension..
ReplyDeletehaha kiz plak terlalu sunyi ,, slalu ngantok
ReplyDeleteyep sikap lengah2x mmg patut di kikis tapi sikap tu la slalu ade dlm diri manusie
ReplyDelete