berhadapan dengan bayang-bayang sendiri adalah satu kesusahan
mungkin juga cabaran
bolehkah kita menang
boleh juga kita kalah
bolehkah kita atasinya
boleh !!
*di tengah-tengah pertarungan sukar , di tepi persimpangan
26 April 2010
25 April 2010
your personality , you decide
~teori lama menyatakan 4 bahagian hawa badan iatu sanguine ( darah ) , choleric ( hempedu ) , phlegmatic ( hingus ) , melancholic ( hempedu hitam ) , setiap hawa badan mempunyai identiti sendiri ~
"apabila engkau sanggup mengekang nafasmu , tahan pada ketika " semua orang telah ditarik nafsu syahwatnya
apabila engkau masih percaya kepada dirimu , tatkala orang lain meraguimu
apabila engkau sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang
padahal pelbagai tuduhan telah ditimpakan terhadapmu
apabila engkau sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran
apabila engkau sanggup mengatasi hidup , tidak terlonjak gembira bila dia datang , dan tidak terlalu bersedih bila dia pergi
tidak sukacita bila tertawa dan tidak berduka tatkala menangis
apabila engkau sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tak berhasil menujukan yang pertama lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh
apabila engkau sanggup mengambil hikmat daripada pergiliran zaman ,dan mengambil manfaat daripada pergantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai , dan bukannya engkau yang dikuasainya
Prof Dr. Hamka
sedikit cebisan karya Prof Dr. Hamka
"mari , nasib kita , kita tentukan sendiri"
16 April 2010
shadow inside you will appear outside you
~bayang-bayang adalah teman sejati kita sebab ia sentiasa ada dengan kita , setujukah..??~
pertengahan musim peperiksaan
sudah melepasi antara ujian genting
namun belum melangkahi ujian penting
gejala yang sama berulang kembali
sentiasa memberikan yang terbaik pada saat-saat akhir
*makin besar makin menjadi-jadi
kemudian menyedarinya
seolah-olah
baru pertama kali melakukannya
*manusia melakukan kesilapan , namun jika kesilapan yang sama , triple jeopardy ..??
[sedikit unsur perlembagaan di situ ]
dan apakah responsnya
ambillah iktibar daripadanya
itulah kelebihan manusia
belajar kerana ada akal
boleh merenung , boleh menganalisis kesilapan sendiri
tetapi penggunaanya dibezakan dengan tuan punya kepada akal itu sendiri
*setiap orang boleh pergi ke Kuala Lumpur tetapi adakah jalan yang sama sahaja boleh digunakan..??
masalah tentang diri kita
adalah kita sentiasa akan mengulangi kesilapan yang sentiasa kita pernah lakukan
adalah kita sedar kita sedang mengulangi kesilapan yang kita pernah lakukan
adalah kita sedar kita akan mengulangi kesilapan yang sama
dan masalah tentang diri kita
kita sentiasa mengabaikannya
"biarlah dulu"
*ayat faveret
tetapi hasilnya hampeh , tidak membawa kemana , malah memastikan kita di belakang
tiada hasil
adakah itu hasrat kita..??
sudah tentu tidak
sikap berlengah-lengah memang satu sikap yang buruk
satu parasit dalam diri yang hanya diri sendiri dapt menghapuskannya
cara..??
diri sendiri tahu
*kamu lebih kenal diri kamu sendiri
bagi saya
caranya adalah bertegas dengan diri
sentiasa mengingatkan diri
dan istiqamah dalam melakukannya
huhu dan ia memang bukan mudah
namun bukan sukar
tapi jangan lari daripadanya
kerana ia adalah bayang-bayang kita ~
-tik tok , tik tok , pesanan untuk diri sendiri bagi elakkan diri sendiri lalai -
14 April 2010
cycle happens again , up or down..??
-harapan tidak putus melainkan diputuskan kita sendiri-
ia berlaku sekali lagi
penghujung telah tiba
penamat telah menghampiri
* bukan kiamat , sekadar penghujung semester
usia semakin bertambah
tanggungjawab semakin bertambah
masalah sentiasa menghampiri
penyelesaian sukar dicari
harapan semakin berat dipikul
tetapi masih lagi erat dipegang
mulut orang susah ditutup
mulut sendiri apatah lagi
masa semakin suntuk
tetapi adakah kita perlu sentiasa mengeluh
jawapannya tidak , tidak , dan tidak
kerana tidak membawa kita ke mana
melainkan termenung tiada hasil
buatlah aktiviti yang kita tahu kita tersenyum daripadanya
kita yang menentukan kegembiraan kita sendiri..=)
~semakin menghampiri tahun dua , bersediakah..?~
Subscribe to:
Posts (Atom)