ada seorang hamba Allah S.W.T
masih lagi berkelana di muka bumi ini untuk menuntut ilmu
pengembaraannya dihujani dengan pelbagai cabaran
baik fizikal mahupun mental
tetapi dia tekadkan diri juga untuk tiba ke destinasi impiannya
bila dinyatakan bahawa dia hamba Allah S.W.T , semestinya agamanya adalah Islam
dan segala kewajipan dalam Islam mestilah dituruti olehnya
dalam perjalanannya , dia berhenti untuk sembahyang
tetapi dia tidak pernah mencuba untuk menghayati apa yang dibacanya semasa menunaikan
apa yang disebut sebagai tiang agama itu
dia juga berpuasa tetapi nafsu sentiasa berjaya mempengaruhinya
adakah bermakna apa yang dia lakukan ??
apakah amalannya mampu untuk membantunya nanti ??
ibarat air tin yang tidak kemik tetapi sebenarnya kosong
tertipu dengan luaran
terpedaya dengan keindahan
hamba Allah S.W.T tersebut masih meneruskan perjalanan
yang sejauh masa lalu dan sedekat mata kita sendiri
sentiasa mencari kesilapannya
umpama pasir di pantai
sentiasa menuntut ilmu
umpama mencari siput di pantai sedangkan dalam laut tidak diterokai
destinasinya memanggil-manggil dengan senyuman
terpulang kepadanya untuk mencari manfaat daripada perjalanan ini
*menulis dengan senyuman
No comments:
Post a Comment