30 October 2009

~monolog eksperimentasi~


salam pemula bicara

minggu ini merupakan minggu final exam saye yang pertama sebagai pelajar UKM

dan sebagai seorang pelajar undang-undang,saya mengakui saya amat takut sebenarnya

dengan peperiksaan

kenapa saya kaitkan dengan status saya sebagai pelajar undang-undang..??

ini kerana saya tidak mempunyai kelebihan untuk bercakap dengan petah sepertimana orang lain

saya juga bukanlah seorang pelajar yang cemerlang

bahkan saya rasa diri saya adalah seorang yang amat kerdil dan sentiasa mempunyai kelemahan untuk diperbaiki setiap hari

lebih-lebih lagi , sebagai pelajar undang-undang , saya mempunyai cabaran yang tersendiri

cabaran untuk berjaya memperolehi ijazah undang-undang dengan kelas pertama yang dilontarkan oleh ayah saya

cabaran daripada diri saya sendiri untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi

cabaran untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang saya ceburi

namun saya bukanlah taksub jauh sekali mengharap

tetapi saya berusaha dan hasilnya adalah apa yang saya usahakan

insyallah

bercakap mengenai final exam

sudah dua subjek telah diharungi yakni kontrak dan perlembagaan

dan insyallah kedua-duanya dapat ku jawab dengan baik

diharapkan subjek yang seterusnya juga dapatku harungi dengan baik

saya cuba mengatasi perasaan takut terhadap exam ini

dengan cuba mencari apa puncanya , penyebabnya asal-usul masalah ini

"saya takut untuk gagal"

itulah jawapannya

saya hilang arah dan cuba mencari panduan

buku demi buku saya belek untuk mencari penyelesaian

dan jawapannya saya perolehi daripada ayah saya ditambah dengan sedikit pengetahuan daripada buku dan nasihat daripada arwah nenek saya...

" bakpo abe nak takut ngan gagal..??"
"abe dok denu blaja ko dok..??"
"abe taw dok ayah jatuh banyak kali sebelum kito hidup selesa gini"
"kito kena gagal dulu baru kito blajar"
"kito blajar daripada kegagalan"
"ambik yang positif,hok negatif kito bue jauh-jauh"
"ingat ko Allah S.W.T, dan Dio ake ingat kito"

arwah nenek saya

"nenek suko tengok abe senyum.......taim kena marah pon , abe senyum.....nenek nok abe senyum sebab nenek akan senyum lepah tengok abe senyum"

motivasi yang terbaik adalah perkara positif daripada pengalaman kita

saya masih belajar dan ingin terus belajar...sesiapa yang ada ilmu , sudikanlah berkongsi dengan saya ek dan tegurlah saya jika saya ada membuat kesilapan..... ^.^

18 October 2009

trilogi makanan : biru



~kuih tradisional kegemaran
-nasi manis atau wajik
-sangat2 manis dan suka disantap saye selepas berbuka
-tapi dah jarang makan selepas nenek kesayangan meninggal.......sangat2 merinduinya

~nasi goreng kegemaran
-nasi goreng kampung
-hidangan yang sangat sedap dan mengenyangkan
-selalunya dipesan sekali dengan telur mata
-saya selalunya tidak akan makan lebih dari sepinggan melainkan kalau emak saya yang menyediakannya
-sememangnya sangat sesuai dimakan di dalam suasana kampung(untuk kepuasan sepenuhnya,dimakan sementara masih panas)


~milo ais
-minuman kegemaran dan yang berkemungkinan tinggi akan dipesan di mana-mana kedai makan yang dikunjungi
-tak manis sangat dan tak tawar sangat
-saya jarang makan sarapan tetapi kalau saya bersarapan,air inilah yang akan menjadi pilihan utama


~jus tembikai
-air buah kegemaran
-sangat menyegarkan dan menyelerakan
-lebih-lebih lagi kalau buah tembikai itu adalah hasil tanaman sendiri dan diminum beramai-ramai bersama keluarga..

03 October 2009

...bile ditanya pasal UKM,ape yang korang tahu..

~tiket Rapid Kl berharga RM 1 dan boleh digunakan sepanjang hari...dengan syarat,tiketnya disimpan dan ditunjukkan apabila tetiba ade spotcheck mengejut
~bas "letak dan naik" boleh digunakan untuk budak2 Kajai ke Pusanika
~Fakulti terbesar adalah fakulti sains sosial dan kemanusiaan yang terletak di tengah2 antara Canseleri UKM dan Pusanika
~Kolej Tun Hussein Onn dikenali sebagai kolej PALAPES/R.O.T.U
~kolej rahim kajai dikenali sebagai kolej sukan
~kolej burhanuddin helmi dikenali sebagai kolej kebudayaan
~kolej keris mas dikenali sebagai kolej SUKSIS
~kolej aminuddin baki dikenali sebagai kolej Akademik
~kolej ibrahim yaakob dikenali sebagai Highlanders
~fakulti undang-undang tidak mempunyai jabatan
~UKM mempunyai 3 pintu masuk utama dimana pintu utama terletak di tengah2..
~satu2 universiti yang mempunyai nama stesen komuter bersempena nama universiti adalah UKM.stesen ini terletak ditengah2 antara Kajang dan Bangi
~Pusanika=Dataran Cendekia
~di Uitm,Vice Chancellor n di Ukm,Naib Canselor
~Fpend itu adalah Fakulti Pendidikan

serba-serbi tentang UKM