setiap manusia ada buat kesilapan
ada yang sedar ada yang tidak sedar
tetapi itulah lumrah manusia
tetapi kelebihan manusia juga
belajar daripada kesilapan
sekuat mana kita melarikan diri
sekuat itu jugalah kesilapan kita mengejar
umpama bayang-bayang menari bersama tuan bayang-bayang
sama!
ak sentiasa membuat kesilapan
banyak
dan sentiasa bertambah
sehinggakan ak terfikir
apa yang ak xbuat silapnya
dimana perkara yang aku buat adalah perkara yang betul..?
dan ak sedar
kesilapan itu adalah proses pembelajaran
dimana setiap orang akan menghadapinya
cuma perkembangan setiap orang adalah berbeza
jadi jangan mengadili orang dari kesilapannya
tetapi adili orang dari cara dia bangkit daripada kesilapan
lebih-lebih lagi di dunia zaman sekarang yang bergerak dengan pantas
dimana ruang melakukan kesilapan
adalah kecil
kecil..siapa Mereka untuk mengecilkan ruang membuat kesilapan
Mereka itu tidak membuat kesilapankah..??
Mereka itu sempurna kah..??
sedangkan Mereka itu manusia
macam aku
macam kamu
tetapi diakhir cerita
semuanya berbalik kepada diri sendiri
dan diri sendiri yang akan membaiki diri sendiri
diri sendiri yang tahu kelemahan diri sendiri
diri sendiri yang tahu apa kemahuan diri sendiri
diri sendiri yang akan berusaha mengejar ilmu sejauh ke China
diri sendiri lebih daripada diri orang lain
dan diri sendiri ini jugalah akan membantu orang lain
setelah diri sendiri ini membaiki diri sendiri
bukankah indah jika dunia ini begitu..??
22 August 2010
13 August 2010
2,3 hari selepas 1 Ramadhan
ilmu oh ilmu
semakin lama aku berkarya
semakin dapat aku rasakan bahawa ilmu itu tidak pernah kehabisan
semakin dikejar , semakin laju ia berlari
dan dicicirkannya serpihan-serpihan pengetahuan
lalu dikutip oleh aku
jadi terpaksalah aku berhenti seketika
dan ilmu itu berlari semakin jauh,jauh,dan jauh sehingga menghilang dari pandangan
aku bangun kembali dan kembali mengejar
kitaran ini berulang kali sepanjang masa ini
cabaran itu sentiasa ada ,malah sentiasa datang mencabar aku
kadang-kadang aku tewas, kadang-kadang aku menang
setiap kali menang , aku bersyukur kepada Nya
seriap kali kalah aku mencari kelemahan dan akan berusaha untuk memperbaikinya
sesungguhnya perjalanan ini masih lagi jauh
dan serpihan ilmu itu masih banyak lagi yang perlu dipungut
*juga adakah aku sebenarnya seperti yang aku harapkan..??
semakin hari semakin takut
diri ini lari dari landasannya
sentiasalah berlari ke arahNya
11 August 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)