31 January 2010

post yang saya sendiri pon xfaham kenapa saya post

" sorry i cannot foresee the FUTURE,
But I can learn from the PAST "

30 January 2010

the days in future



saya ingin mencari satu hari

dimana hari itu

semua orang senyum

tanpa memikirkan masalah

semua orang senyum

tanpa berpura-pura

semua orang senyum

tanpa agenda tersembunyi

semua orang senyum

dan senyumannya ikhlas

hari itu mungkin tidak kunjung tiba

tetapi saya akan tetap menunggu !!

politiks



~memberontak dengan emosi~

keputusan telah diketahui

Pro-A menang di UKM dengan 19 kerusi berbanding Pro-M yang mendapat 15

Bebas pula mendapat 1 kerusi

namun apa yang saya berminat untuk memberi pandangan

adalah mengenai gelagat Mahasiswa dan Mahasiswi apabila berpolitik

mereka berpolitik berdasarkan emosi

dimana seperti yang kita ketahui emosi ini sukar dikawal

lebih-lebih lagi untuk golongan remaja

perlu diingatkan golongan remaja adalah golongan yang paling mudah terdedah

samaada kepada budaya/amalan yang baik ataupun buruk

contoh yang terbaik adalah gaya berpakaian

contoh lain adalah budaya ber-couple

contoh seterusnya adalah gaya percakapan

dan golongan ini tidak tahu

bahawa mereka menyusahkan orang lain

apabila melakukan tindakan-tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan

*tetapi atas nama "kebebasan" semua jadi bukan..??

perlu diingatkan bahawa tujuan kita datang ke Universiti

adalah untuk BELAJAR bukan..??

itu semua hanya sampingan

tetapi sebaliknya yang berlaku

apapun , kita adalah mahasiswa

baik SAYA mahupun KAMU

jadi pertimbangkan dengan sebaik-baiknya dahulu sebelum bertindak

jika perlu , duduk , termenung , dan berfikir !!

29 January 2010

learning process never stop , and it was continuously



saya juga manusia

bila berkata tentang manusia

salah satu ciri manusia adalah kecenderungan untuk melakukan kesilapan adalah sangat

besar

tetapi ia juga menjadi kecenderung bahawa manusia ingin menjadi sempurna

walaupun mereka tahu bahawa itu adalah mustahil

semalam saya belajar perkara baru tentang "etika"

ia sebenarnya bukan perkara baru

sebaliknya sesuatu yang dilepas pandang oleh saya

mungkin kerana pergaulan

mungkin kerana masalah emosi

mungkin kerana kecetekan ilmu

*itu semua hanya alasan

juga menjadi kecenderungan manusia untuk mencipta alasan setelah melakukan sesuatu

dan SAYA tidak terkecuali

dan perkara yang menariknya saya ditegur oleh pensyarah

saya tidak marah dengan beliau

sebaliknya saya berasa gembira walaupun dalam masa yang sama , sedih dengan tingkah

laku saya sendiri

kerana kalau tidak dilatih daripada sekarang

sampai bila baru saya hendak mula belajar

ia adalah sebahagian daripada kehidupan

dan "melentur buluh biarlah dari rebungnya"

berbalik kepada pensyarah tadi

saya tidak merasa tersinggung

sebaliknya saya berjumpa dengannya dan saya mengucapkan terima kasih atas teguran itu

dia berkata

"ramai orang cerdik , ramai orang pandai ,tetapi mahu mencari orang pandai , orang

cerdik yang mempunyai apa yang saya sebut adalah "..dia mengeluh

saya masih lagi dalam proses belajar dan ia berterusan , Istiqamah...

*esok test kontrak , nasib baik Consti dibenarkan merujuk buku ( open book test )

28 January 2010

demam pilihanraya melanda UKM

test consti dan test contrak

2 perkara penting untuk minggu ini

pilihanraya juga adalah minggu ini

penamaan calon diadakan pada hari Isnin 25/1 yang lalu

dijalankan di Pusanika

kempen dijalankan dengan giat

baik dari pihak Aspirasi mahupun Gerakan Mahasiswa

FUU dipenuhi dengan gambar-gambar Superman

Mahasiswa dan Mahasiswi diedarkan dengan risalah-risalah manifesto sebesar buku 555

ketika makan rojak di kafeteria FUU , pandangan pasti tidak akan lari daripada poster

- poster calon yang bertanding

kerana digantung hanya beberapa inci diatas meja makan

begitu menarik sekali suasana pilihanraya

saya tidak akan menyentuh tentang calon yang bertanding

kerana kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri

dan ini BUKAN BLOG POLITIK

pengundian akan diadakan di Kolej kediaman masing-masing

namun taktik yang digunakan oleh kedua-dua pihak

masih lagi tidak matang dan terikut-ikut dengan suasana politik luar

berbeza dan tidak menepati status kita sebagai PELAJAR UNIVERSITI atau turut dikenali

sebagai MAHASISWA

apapun , SELAMAT MENGUNDI dan pilihlah calon yang buat kerja kerana pangkat sahaja

tidak membawa apa-apa makna pun jika tidak digunakan dengan sebaik-baiknya dan

diguna-gunakan sebaiknya untuk pengundi yang memangkah nama "KAMU" !!

22 January 2010

surat diraja

ini adalah sedikit motivasi yg aku pakai selama ini

ia diambil daripada siri 'manga' yang agak terkenal gak iatu eyeshield 21

berkisarkan tentang American Football

tentang sukan

tentang kesungguhan


you should all ask yourself what do you feel when you are defeated.
are you blaming others, feeling depressed, or are you feel with passion, ready to take the challenge again.

all those of you who has played on the field will have tasted defeat,
there's no player who has not lost before,

however the best players, as a tribute to all their efforts, will give everything they've got to stand up again,
the ordinary players will take them a while to get back on their feet,
while the losers will remain flat on the field.

do not be ashamed about being defeated.
to be defeated and to not stand up is what you should be ashamed of.

-University of Texas Longhorn Head coach , Darrell Royal -

rase semangat balik~

17 January 2010

halwa telinga seorang hamba Allah S.W.T

i wish that i could jogs all day long !!

not running from problem

but running toward the solution of the problem

and we all may live in peace and harmony