Showing posts with label termenungku. Show all posts
Showing posts with label termenungku. Show all posts

05 May 2010

xboleh tidak bermakna xboleh



* di sebalik tembok ada keindahan

* mereka yang berusaha , mereka yang dapat hasil nya , aku yang tidak melakukan apa-apa , berani aku berangan ke langit , kosong dan semanis khayalan semata-mata

* kerana mimpi , aku sampai di sini . Kerana mimpi ,aku berjaya

04 May 2010

ia ada dalam diri kamu !!



*diantara mereka yang bersedih , kamu boleh menceriakan suasana dengan tersenyum

26 April 2010

lump sum request

berhadapan dengan bayang-bayang sendiri adalah satu kesusahan

mungkin juga cabaran

bolehkah kita menang

boleh juga kita kalah

bolehkah kita atasinya

boleh !!

*di tengah-tengah pertarungan sukar , di tepi persimpangan

25 April 2010

your personality , you decide



~teori lama menyatakan 4 bahagian hawa badan iatu sanguine ( darah ) , choleric ( hempedu ) , phlegmatic ( hingus ) , melancholic ( hempedu hitam ) , setiap hawa badan mempunyai identiti sendiri ~






"apabila engkau sanggup mengekang nafasmu , tahan pada ketika " semua orang telah ditarik nafsu syahwatnya

apabila engkau masih percaya kepada dirimu , tatkala orang lain meraguimu

apabila engkau sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang
padahal pelbagai tuduhan telah ditimpakan terhadapmu

apabila engkau sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran

apabila engkau sanggup mengatasi hidup , tidak terlonjak gembira bila dia datang , dan tidak terlalu bersedih bila dia pergi

tidak sukacita bila tertawa dan tidak berduka tatkala menangis

apabila engkau sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tak berhasil menujukan yang pertama lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh

apabila engkau sanggup mengambil hikmat daripada pergiliran zaman ,dan mengambil manfaat daripada pergantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai , dan bukannya engkau yang dikuasainya

Prof Dr. Hamka

sedikit cebisan karya Prof Dr. Hamka

"mari , nasib kita , kita tentukan sendiri"

16 April 2010

shadow inside you will appear outside you



~bayang-bayang adalah teman sejati kita sebab ia sentiasa ada dengan kita , setujukah..??~



pertengahan musim peperiksaan

sudah melepasi antara ujian genting

namun belum melangkahi ujian penting

gejala yang sama berulang kembali

sentiasa memberikan yang terbaik pada saat-saat akhir

*makin besar makin menjadi-jadi

kemudian menyedarinya

seolah-olah

baru pertama kali melakukannya

*manusia melakukan kesilapan , namun jika kesilapan yang sama , triple jeopardy ..??

[sedikit unsur perlembagaan di situ ]

dan apakah responsnya

ambillah iktibar daripadanya

itulah kelebihan manusia

belajar kerana ada akal

boleh merenung , boleh menganalisis kesilapan sendiri

tetapi penggunaanya dibezakan dengan tuan punya kepada akal itu sendiri

*setiap orang boleh pergi ke Kuala Lumpur tetapi adakah jalan yang sama sahaja boleh digunakan..??

masalah tentang diri kita

adalah kita sentiasa akan mengulangi kesilapan yang sentiasa kita pernah lakukan

adalah kita sedar kita sedang mengulangi kesilapan yang kita pernah lakukan

adalah kita sedar kita akan mengulangi kesilapan yang sama

dan masalah tentang diri kita

kita sentiasa mengabaikannya

"biarlah dulu"

*ayat faveret

tetapi hasilnya hampeh , tidak membawa kemana , malah memastikan kita di belakang

tiada hasil

adakah itu hasrat kita..??

sudah tentu tidak

sikap berlengah-lengah memang satu sikap yang buruk

satu parasit dalam diri yang hanya diri sendiri dapt menghapuskannya

cara..??

diri sendiri tahu

*kamu lebih kenal diri kamu sendiri

bagi saya

caranya adalah bertegas dengan diri

sentiasa mengingatkan diri

dan istiqamah dalam melakukannya

huhu dan ia memang bukan mudah

namun bukan sukar

tapi jangan lari daripadanya

kerana ia adalah bayang-bayang kita ~

-tik tok , tik tok , pesanan untuk diri sendiri bagi elakkan diri sendiri lalai -

14 April 2010

cycle happens again , up or down..??



-harapan tidak putus melainkan diputuskan kita sendiri-



ia berlaku sekali lagi

penghujung telah tiba

penamat telah menghampiri

* bukan kiamat , sekadar penghujung semester

usia semakin bertambah

tanggungjawab semakin bertambah

masalah sentiasa menghampiri

penyelesaian sukar dicari

harapan semakin berat dipikul

tetapi masih lagi erat dipegang

mulut orang susah ditutup

mulut sendiri apatah lagi

masa semakin suntuk

tetapi adakah kita perlu sentiasa mengeluh

jawapannya tidak , tidak , dan tidak

kerana tidak membawa kita ke mana

melainkan termenung tiada hasil

buatlah aktiviti yang kita tahu kita tersenyum daripadanya

kita yang menentukan kegembiraan kita sendiri..=)

~semakin menghampiri tahun dua , bersediakah..?~

29 March 2010

shinkansen




~ keretapi yang meninggalkan stesen akan kembali ke stesen yang sama
kalau rasa dah sampai destinasi , turunlah ~



hari ini hari isnin

di hari isnin sebahagian pelajar sekolah di Malaysia memulakan sesi persekolahan dan

sebahagian lagi pada hari Ahad

alhamdulillah telah membiasakan diri dengan permulaan pada hari Isnin setelah selama

ini terbiasa permulaan dengan hari Ahad

*apakah kaitan dengan hari isnin..??

oh ya

hari ini adalah hari terakhir untuk kuliah subjek MLS ( malaysian Legal System )

perasaan yang sama datang

*seperti semasa meninggalkan zaman persekolahan

sedih ..??

sayu..??

gembira..??

susah hendak dinyatakan

hanya empunya badan yang tahu

biasalah

dalam hidup ada pertemuan

dalam hidup ada perpisahan

ia silih berganti

*monolog dalaman menunggu detik Peperiksaan Akhir ~

18 March 2010

pasca emosi , pra keindahan

detik selepas PBL...angin mendayu-dayu sepoi-sepoi bahasa

detik dalam hati , khayalan dalam kepala , realiti dalam tindakan

PBL tidak lama lagi dan berdebar-debar menunggunya~

15 March 2010

personafikasi



pelbagai reaksi , adakah kita menggunakannya pada masa yang sepatutnya ..??





ada orang berkata

post sebelum ini

adakah "sudah tiba panggilan",,[hurm , saya seorang yang suka berkias]

saya berkata

*oh tidak , belum lagi

masih awal , prioriti hanyalah belajar

*kepala asyik terngiang-ngiang dengan pesanan ibu-bapa tiap-tiap kali saya menelefon mereka

*skema, tidak saya tidak menganggap ia skema

kamu..??

mengenali orang memerlukan masa yang lama

sebagai bandingan

*apa tujuan kita baca buku rujukan berulang kali
untuk memahaminya bukan..??
bukan setakat menghafalnya

dan saya tidak mengejar "kapel"

*mungkin orang lain akan

sebab

untuk menjaga seorang manusia

bukan senang ... bukan setakat " i lap u , u lap me "

dengan status saya yang masih bergantung kepada insan yang bergelar ibu-bapa

*saya malu kalau saya menyalahgunakannya untuk sesuatu yang lain

dan cinta tidak hanya datang dengan serta-merta

jika datang serta merta ia hanyalah perasaan emosi yang bergolak-golak

lebih tepat lagi dipengaruhi hawa nafsu

*agak terlebih-lebih disitu

aargh,,cukup-cukup..tidak perlu melebih -lebih =)

~saya baru berumur 10 tahun , 2 tahun lagi akan menduduki UPSR...UPSR ni susah kew..??~

12 March 2010

sometimes we think




bagaimanakah jika anda terlihat seseorang yang berlainan jantina dengan anda

dan anda rasa anda suka seseorang tersebut..??

apa yang anda rasa ..??

gembira , teruja , gementar

anda ingin menghampirinya tetapi takut

takut ditolak , takut kecewa , takut diketepikan

jadi anda hanya mampu duduk dan termenung

termenung , dan terus termenung

yang mana memang amat meyakinkan bahawa pada masa ini , fikiran anda akan melayang-layang

*mata terbeliak fikiran entah ke mana

saya rasa hanya sampai di sini sahaja yang mampu dilakukan ~

*bercakap tanpa pengalaman adalah umpama menulis jawapan untuk soalan undang-undang tanpa disertakan autoriti = sampah

tunggulah suatu hari nanti ~

yang saya sendiri pun tidak tahu bila

mungkin esok , mungkin lusa , mungkin semasa umur saya 30 an

buat masa ini , baiki diri , berusaha untuk berjaya , ingat harapan keluarga~

ganbatte

11 March 2010

u got it , grab it , don't release it

kita semua ada kawan

sesetengah kawan boleh digelar sahabat

sesetengah kawan hanyalah kawan ( sekadar berpura-pura )

kalau tidak bertegur , adakah itu kawan ..??

dan hanya berdekatan ketika senang

tetapi berjauhan apabila susah

dan kembali berdekatan ketika senang

adakah itu kawan

yup

kita masih akan tetap menganggap itu kawan

tetapi adakah tindakan kita itu berbaloi...??

yup

ia berbaloi kerana adalah lebih baik kita melakukan kebaikan terhadap orang

daripada orang melakukan kebaikan terhadap kita

tetapi bagaimana kalau kawan memijak kepala kita..??

hiraukan kerana mereka yang melakukan sedemikian akan jatuh jua

cuma kita tidak seharusnya menyimpan dendam

kerana menyimpan dendam ini menyakitkan hati

merosakkan hati , membutakan hati sehingga kebenaran menjadi kabur

sehinggakan perkara baik disalah anggap

rasionaliti dan pertimbangan yang waras adalah amat penting

dalam kehidupan kita di dunia ini

dan jika telah meyakini menjumpai sahabat yang betul-betul baik

hargailah kerana seseorang itu memang berharga

pedulikan kelemahannya

ia boleh diatasi dengan belajar

perhatikanlah kekuatannya dan keihklasannya~

~selamat berjaya untuk adik saya bersempena keputusan SPM 2009 yang akan keluar pagi nanti , insyallah~

07 March 2010

disini disana

disini lelaki tersenyum disana perempuan menangis

disini lembu meragut rumput disana harimau memburu rusa

disini cikgu mengajar disana tentera bermandi peluh

disini muda-mudi berpesta disana orang tua berzikir

disini mahasiswa berpidato disana remaja merempit

disini kita mengata disana mereka mengata

disini kita malas disana ibu-bapa mengharap

disini kita lalai disana kita gagal

*peperiksaan semakin hampir , persediaan entah cukup entah tidak

24 February 2010

twisted logic

~berjalan sejauh mata memandang

tetapi jangan sampai terlepas pandang kesilapan di belakang

~merenungi kesilapan dilakukan

tetapi jangan sampai melupakan masa hadapan

~berazam untuk melakukan kecemerlangan

tetapi kegigihan terendah

~menginginkan diri dipuji

tetapi diri menghina orang lain

~melakukan kebaikan

tetapi berlagak dengan kebaikan

19 February 2010

kosong sebelum dihiasi

ada seorang hamba Allah S.W.T

masih lagi berkelana di muka bumi ini untuk menuntut ilmu

pengembaraannya dihujani dengan pelbagai cabaran

baik fizikal mahupun mental

tetapi dia tekadkan diri juga untuk tiba ke destinasi impiannya

bila dinyatakan bahawa dia hamba Allah S.W.T , semestinya agamanya adalah Islam

dan segala kewajipan dalam Islam mestilah dituruti olehnya

dalam perjalanannya , dia berhenti untuk sembahyang

tetapi dia tidak pernah mencuba untuk menghayati apa yang dibacanya semasa menunaikan

apa yang disebut sebagai tiang agama itu

dia juga berpuasa tetapi nafsu sentiasa berjaya mempengaruhinya

adakah bermakna apa yang dia lakukan ??

apakah amalannya mampu untuk membantunya nanti ??

ibarat air tin yang tidak kemik tetapi sebenarnya kosong

tertipu dengan luaran

terpedaya dengan keindahan

hamba Allah S.W.T tersebut masih meneruskan perjalanan

yang sejauh masa lalu dan sedekat mata kita sendiri

sentiasa mencari kesilapannya

umpama pasir di pantai

sentiasa menuntut ilmu

umpama mencari siput di pantai sedangkan dalam laut tidak diterokai

destinasinya memanggil-manggil dengan senyuman

terpulang kepadanya untuk mencari manfaat daripada perjalanan ini

*menulis dengan senyuman

17 February 2010

don't blame others for our mistakes

bila kita susah

kita akan berpaling ke belakang

sebab

* untuk melihat kesilapan kita

* untuk mencari kesilapan kita

* untuk mencari siapa yang hendak kita salahkan

* untuk mencari punca kesilapan kita

tetapi semuanya berpunca daripada kita

sebab itu dipanggil 'kesilapan kita'

penyelesaian

kembali kepada Nya

dengan ikhlas dan ia hendaklah istiqamah

* jangan kembali dan berserah apabila susah sahaja

~asalnya hendak bercerita pasal keindahan Pangkor , tetapi xpelaa , dahulukan yang mana lebih penting ~

11 February 2010

three night wonders !!

melepaskan lelah di Pangkor

melupakan kesibukan

menikmati keindahan alam

merenungi kesilapan diri

memperbaiki kealpaan diri

itulah makna cuti kali ini

10 February 2010

hectic=serabut , i don't mind !!

dah makin dekat dengan cuti raye cine

balik lambat =(

sebab menyertai program

*sape suruh kan?

rentak pembelajaran juga dah makin ok

ia memang bergantung pada diri

minggu ni memang banyak masalah

sedih la jugak..tapi aku menganggap ia sebagai proses pembelajaran

xsabar balik kampung..lepak kat sane dan menikmati kehidupan dengan keluarga

banyak lagi kena belajar

jadi berhenti membuang masa dan isikan masa dengan aktiviti yang berfaedah

pesanan mak

*belajar sehabis baik..makin tua tapi makin malas xberguna..ingat asal-usul ,

oh ya , sekarang sudah 19 tahun aku wujud di dunia ini

bersyukur . Alhamdulillah kerana terus diberi peluang oleh Allah S.W.T

03 February 2010

on a sunny afternoon in our varsity

sekarang baru saye perasan

layout blog saye

sangat menyuramkan

hitam dan kosong

umpama memancing tanpa menggunakan batang kail

tidak lengkap

kerana kedua-duanya adalah saling melengkapi

*adakah dinamakan memancing kalau tidak memakai batang kail atau joran??

begitu juga dalam kehidupan ini

kita akan merasakan diri kita adalah paling hebat

tetapi sedarkah kita

di belakang diri kite yang 'HEBAT' ini

ada insan lain yang menyokong , memangku , sentiasa teguh

kita tidak akan dapat berdiri sendiri

*adakah dinamakan kehidupan kalau hanya bersendirian??

itulah gunanya sahabat

bukan sekadar suka bila kita bergembira

bukan sekadar menangis apabila kita bersedih

ia lebih daripada itu

*agak melampau kiasan saya bukan..??

tetapi itulah sahabat yang bagus

dan kebelakangan ini saya asyik terbayang

"bolehkah kita mencantumkan kembali cermin yang telah pecah"..??

berkenaan dengan layout

kalau ade yang menarik , mungkin saya akan tukar

31 January 2010

post yang saya sendiri pon xfaham kenapa saya post

" sorry i cannot foresee the FUTURE,
But I can learn from the PAST "