02 January 2010

ini semua berkenaan diri kita

aku percaya untuk menjadi seorang muslim yang bagus , kite kena menghayati dan melakukan semua amalan yang diwajibkan oleh agama kite , Islam

Firman Allah:
“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (surah al mukminun:1-2)

bagaimana hendak khusyuk dalam solat ..??

Khusyuk dalam solat ialah keadaan hati yang sentiasa ingat kepada Allah sewaktu

melakukan solat sama ada ketika berdiri, rukuk, sujud dan semua gerakan dalam solat.

sukar bukan...sebab otak kite sentiase berfikir

sebenarnye x sukar

bergantung kepada diri kite..kerana kite sebagai hamba Allah S.W.T

tidak mampukah kite untuk menumpukan sepenuh perhatian ??

tidak berkeupayaankah kite ??

jadi , untuk khusyuk dalam solat ini

sebenarnya bermula sebelum solat itu sendiri

kite perlu mempersiapkan diri kite dengan sebaik mungkin

byangkan kite hendak bertemu dengan Raja

sudah pasti kite akan melakukan yang terbaik

lebih2 lagi ini adalah pertemuan Raja segala Raja

semua makhluk di langit dan bumi tunduk kepada-Nya

kite boleh mengikut peraturan di dunia ini

kenapa kite tidak boleh mengikut urutan yang membawa faedah kepada kite

bahkan , ia sebenarnya adalah tanggungjawab dan kewajiban kite

mengikut Imam Al-Ghazali ,

ade 6 cara untuk khusyuk dalam solat

yang pertama adalah Hudhurul qalb (menghadirkan hati)

iatu kite ingat kepada siapa kita sedang berhadapan sewaktu menunaikan solat

suatu zat yang sentiasa memberi rezeki dan pertolongan kepada kita

tetapi kita asyik melanggar perintahnya

yang kedua Tafahhum (memahami)

kite kena fahami apa yang kita baca

ibarat kita memakan nasi tanpa lauk tetapi penuh berselera kita memakannya

samalah dengan membaca al-fatihah tetapi kita tidak tahu apa maksudnya

yang ketiga Ta’zhim(mengagungkan Allah)

apabila kita dah faham dan menghayati

secara automatiknya kita akan mengagungkan Allah S.W.T

kita akan terasa dengan sendiri "hinanya aku jika aku melanggar maksud kalimat suci yang sering aku luahkan selama ini"

yang keempat haibah ( takut dengan kekuatan Allah S.W.T)

apabila kita khusyuk dalam menunaikan solat , kita akan menjadi takut dengan kekuasaan Allah S.W.T

kita akan terbawa-bawa dengannya bukan sahaja di dalam solat bahkan sehingga selepas solat

ketakutan ini merupakan satu anugerah . ketakutan inilah yang dinamakan takwa

nampak senang untuk diperoleh namun jika lalai dalam solat.....hurmm..:(

yang kelima adalah Haya' ( malu )

sewaktu kita berhadapan dengan-Nya

kita akan berasa malu kerana dosa kita yang banyak

bahkan selepas solat pon , kita akan terfikir betapa tidak sempurna solat yang baru

kita tunaikan kerana hati masih teringat-ingat kepada dunia

dan kita juga sepatutnya malu untuk melakukan perkara yang dilarang kerana kita tahu bahawa kita sedang diperhatikan

yang keenam adalah Raja' ( amat-amat berharap )

setelah selesai menunaikan solat

kita kena memohon doa kepada-Nya supaya solat kita diterima

dengan penuh pengharapan supaya Allah S.W.T yang maha penyayang menerimanya

~ nasihat dan peringatan untuk diri sendiri ~

28 December 2009

it's end here before 50th

masa akan berhenti seketika

sehingga cahaya bersinar kembali

pengembaraan mencari 'aku' yang dulu

akan bermula

bertekad untuk melakukan yang terbaik

mencabar batasan diri

di sini ia berakhir

di sini ia bermula !!

27 December 2009

is a day with history

hari ni 27hb
mungkin salah satu daripada hari teristimewa dalam diri
sekadar bersyukur
tetapi x mengharapkan apa2

swing like a pendulum !!

korang nak jadi pemimpin / ketua / LEADERS!!
ada yang angkat tangan
ada yang cuak
ade yang menyorok
ada yang dipilih
ade yang sebab tanya soalan ( kes terkecuali )
aku cuak
aku menyorok
aku xnak dipilih
aku cuba lari
tapi xbleh
dan aku xnak
kerana ia tanggungjawab
tetapi aku taw siapa diri aku
bukan merendah diri
bukan juga berbangga diri
aku pernah jatuh
aku pernah bangun
ia resam kehidupan
laluinya baru anda boleh bercakap mengenainya!!

it is a wonder to try!!

bayangkan
kamu hendak bersuara
tapi xdapat
aargh!!
meronta2
tapi masih xdapat
seolah terdapat dinding batu
yang sngat tinggi
yang tiada penghujung
buntu
tiada jalan penyelesaian
terduduk
termenung
berfikir
patutkah
aku mlangkah ke belakang
atau patut diteruskan
seolah2 diberi pilihan
yang hasilnya
tidak pasti
aku mengharapkan ade tangan yang menyambut kesusahan aku
tetapi nampaknya aku keseorangan
sedih??
x
aku cuba mengubah sejarah
dengan tangan aku sendiri
dan tidak mengharapkan apa2
sekadar mengambil risiko
negatif atau positif
bergantung kepada interpretasi masing2!!

25 December 2009

tidak cukup sekadar berkata-kata

aku suke mengaji Quran

kerana itu adalh sebahagian drpd tuntutan agama

kerana ia memberi manfaat

yg bukan sedikit...tetapi BANYAK..!!

tetapi ada yg xcukup

yup..

sekadar mengaji shaja tidak mencukupi

kenape xcukup..??

tiap2 kali lepas semayang

kite mengaji kan..

tetapi adakah kite faham ??

adakah kite menghayatinya ??

sesetngah dripada kita tergesa-gesa untuk menghabiskan

sehingga tersalah sebut

sesetngah daripada kita tidak tahu membaca dengan betul

tetapi malu bertanya

sesetengah daripada kita tahu merujuk daripada Quran untuk mempertahankan pendapat

tetapi sebenarnya tidak diamalkan

sekadar ayat2 manis yg keluar daripada mulut

sesetengah daripada kita lebih suka mendengar orang lain mengaji

dan memuji mereka bahawa alunan mereka sangat merdu dan sedap didengar

tetapi mereka tidak sudi mendengar dan memuji suara mereka sendiri

kite sentiasa berbangga apabila mengatakan bahawa agama kita adalah Islam

seperti kita berbangga apabila kita berjaya melakukan sesuatu

tetapi ia masih belum mencukupi

hanyalah separuh jalan

mungkin tidak sampai pon

ibarat sekelumit pasir di tepi jalan

tidak mendapat perhatian langsung

tidak dihiraukan orang

dan ia xkkan pernah cukup

tetapi kita boleh maju

walaupun dengan hanya selangkah

walaupun dengan hanya merangkak

tetapi kita hanyalah manusia

semua diatas adalah pengalaman aku sendiri

dan pernah dilakukan

aku malu dengannya

tetapi aku xmalu mengakuinya

malu biar bertempat

dari malu kita belajar

dari malu kita menangis

dari malu kite tersenyum

- peringatan untuk diri sendiri -

22 December 2009

berbunga-bunga!!

salam

da lame sejak last post

tapi mase berlalu dengan pantas kan?kan?

dah bermula sem 2

tahun 2009 semakin hampir meninggalkan kite semua

tahun 2010 datang menghampiri kite semua dengan harapan yang tidak pasti

aku pasti korang semua ade azam baru

apa azam itu

terpulang kepada korang...=)

ade orang pernah kate

"bahasa kamu berbunga-bunga"

aku cuma mampu tersenyum je la

aku xmenganggap itu sebagai pujian

bukan juga sebagai kritikan

skopnya sangat luas

mungkin aku yang berfikiran terlampau rumit

benda kecil hendak diperbesar-besarkan

tetapi aku ambil yang positif jew

sebab

"setiap benda yang jahat itu sebenarnya berasal dari kebaikan"

dan kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan

dan aku gunakan elemennya di dalam benda yang negatif mesti ade yang positif

tetapi tidak berguna sekadar bercakap sahaja

atau sekadar tulisan di dalam blog

aku rase aku lagi banyak bercakap daripada mempraktikkan

boleh kew aku mengatasinya

boleh

jalan penyelesaian adalah banyak dan tersedia untuk dipilih

tetapi persoalannya

dapatkah aku menyelesaikannya

yakinkah aku?

sanggupkah aku mengambil risiko?

nak mengubah diri bukan senang

tetapi aku tidak rasa benda itu adalah mustahil...

dan boleh dilakukan

insyallah..