Showing posts with label teguran diri. Show all posts
Showing posts with label teguran diri. Show all posts

13 September 2010

refleksi kepada kesenyapan

Assalamualaikum

dah lama tidak mengemas kini blog

sampai tengok hidup segan mati tidak mahu

puncanya adalah kerana malu

malu sebab

1) blog ini bercorak motivasi dan nasihat dimana aku menggunakan pengalaman aku yang sedikit ditambah dengan pengetahuan yang juga sedikit jadi jika aku sendiri tidak mengamalkannya..apa guna.?

2) mungkin aku merasakan tanggungjawab menyebarkan kebaikan Islam itu tanggungjawab orang lain.Maksudnya,aku lebih mengamalkan sikap berdiam diri yang mana ia tidak membantu proses penambahbaikan diri sebenarnya.

"mengajar itu menambah ilmu"


3) aku juga takut sedang aku bercakap benda yang kusangkakan baik sebenarnya salah sama sekali.Dan sebenarnya ia memang kerap kali berlaku.Dan aku mencari kebenaran dengan berpandukan syarak.Aku takut apa yang aku kata adalah salah ( ilmu masih kurang,tetapi cakap berdegar-degar)

tiga ini adalah antara sebab yang aku kenalpasti

dan banyak lagi

dimana kalau nak ditulis , sangatlah panjang

yang aku akan "update"kan dari masa ke semasa

sebagai refleksi diri

mungkin menjadi pengajaran kepada yang lain

dan

selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

=)

hasil manis untuk mereka yang berjuang dengan ikhlas selama sebulan

13 August 2010

2,3 hari selepas 1 Ramadhan



ilmu oh ilmu



semakin lama aku berkarya

semakin dapat aku rasakan bahawa ilmu itu tidak pernah kehabisan

semakin dikejar , semakin laju ia berlari

dan dicicirkannya serpihan-serpihan pengetahuan

lalu dikutip oleh aku

jadi terpaksalah aku berhenti seketika

dan ilmu itu berlari semakin jauh,jauh,dan jauh sehingga menghilang dari pandangan

aku bangun kembali dan kembali mengejar

kitaran ini berulang kali sepanjang masa ini

cabaran itu sentiasa ada ,malah sentiasa datang mencabar aku

kadang-kadang aku tewas, kadang-kadang aku menang

setiap kali menang , aku bersyukur kepada Nya

seriap kali kalah aku mencari kelemahan dan akan berusaha untuk memperbaikinya

sesungguhnya perjalanan ini masih lagi jauh

dan serpihan ilmu itu masih banyak lagi yang perlu dipungut


*juga adakah aku sebenarnya seperti yang aku harapkan..??

semakin hari semakin takut

diri ini lari dari landasannya

sentiasalah berlari ke arahNya

17 May 2010

peluang dan optimistik



~walapon ade signboard ,tetap kena berusaha untuk ke destinasi kan .??~


setiap orang pasti suka kalau setiap hari makanan disuap ke mulut

x perlu berbuat apa-apa

usaha pon pastilah kurang , x penat , x mengeluarkan tenaga

______________________

setiap pelajar mesti suka kalau pensyarah bagi nota / slideshow

xpayah bukak buku tebal - tebal

xpayah pergi perpustakaan

baca je apa yang diberi , tentu yang itu akan naik masa final exam nanti

______________________

beralih kepada skop yang lebih besar

pengangguran yang berleluasa

salah mahasiswa ? salah kerajaan ?

salah aku ? salah engkau ?

peluang hendaklah dicetus sendiri

kena dicari sendiri

mencabar sesuatu untuk mendapatkan hasil

menunggu insentif

menunggu peluang pekerjaan

boleh , tapi

sampai bila ..??

**

kalau gagal dalam peperiksaan , adakah kita mahu menyalahkan pensyarah.?

kalau kalah dalam pertandingan , adakah kita mahu menyalahkan si pemenang.?

**

perlu ada sikap untuk mencetus perubahan

jangan jadi "pak turut"

cari identiti sendiri , ambil yang baik sebagai panduan

sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita

duduk termenung , kadang-kadang rezeki pon lari

*untuk menunjukkan bahawa usaha sangat2 la diperlukan untuk mencari rezeki

jangan sesekali menyerah kalah , jangan sesekali


~lebih indah kalau dipraktikkan dan menjadi kenyataan

"Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta- minta yang belum tentu orang hendak memberikannya"

15 May 2010

pabila pelajar tidak faham , angkat tangan , tanya soalan



- mencari jawapan kepada persoalan dan masih tidak terjawab , masih jauh dan masih berliku lagi -



"role- model"

setiap kita mempunyai idola atau ikutan masing-masing

untuk dijadikan teladan atau ikutan

baik jahat mahupun baik

tidak salah

*sebenarnya salah atau betul itu masing-masing boleh menilai cuma sesetengah orang mungkin terlepas pandang

menjadi si peniru adalah langkah yang bagus lebih-lebih lagi jika meniru sesuatu yang
baik

*sesuatu yang baik mengikut apa yang selari dengan nilai-nilai murni bukannya sesuatu yang baik mengikut apa yang dfikirkan oleh individu

namun meniru pun ada cara

ada hadnya

ada sempadannya

jika semua ditiru

*sampaikan diperasan orang

*" eh , gaya kau sama macam 'si polan' ,serius ,x tipu

*dan kalau ia positif , boleh memberi pulangan yang baik dan tidak ternilai kepada
peniru

*namun kalau ia sesuatu yang tidak molek , dahla x membawa apa-apa pulangan yang bernilai malah boleh dikatakan sia-sia

mana pergi identiti sendiri ..??

hilang ditelan identiti yang ditiru

manusia ini semuanya meniru

*ouh , kenyataan yang berani

dan dipengaruhi

tetapi manusia boleh tumbuh untuk mempunyai pendapat dan pendirian sendiri

dan ini yang terbaik

setiap manusia ada sisi baik masing-masing baik sejahat-jahat manusia

dan "sisi" itu yang aku cari

untuk aku ambil

untuk aku belajar

untuk aku hargai

-jadi , sama-samalah kita mencari "khazanah" dunia ini..=)-