12 July 2010

2010/2011

semester satu tahun dua 2010/2011

semoga permulaan yang baik

belajar daripada kesilapan

memperbaiki diri

sentiasa mengingati tujuan mengejar ilmu itu sendiri

dan sentiasa ,sentiasa ,sentiasa muhasabah diri

10 July 2010

sahabat

 
Posted by Picasa

knowledges




only chase knowledges

it never enough with one books

but be careful in chasing knowledges

you may

but always remember where you from and stay humble

because

knowledges were never enough

08 July 2010

satu kosong




"bendera Sepanyol membuatkan haiwan pun tertarik kepadanya"




baru melepasi separuh akhir yang mendebarkan

Sepanyol menentang Jerman

Sepanyol menguasai perlawanan dengan tidak membenarkan langsung pemain Jerman untuk melakukan serangan balas

dan Sepanyol menang dengan jaringan 1-0 sumbangan pemain pertahanan, Charles Puyol

itu berita utama

kesan sisi perlawanan ini

pernah dengar nama Paul ? [mesti tanggapan pertama, Paul ini seorang lelaki cina atau lelaki dari barat ]

tidak

Paul adalah seekor sotong atau lebih dikenali sebagai Paul the Octopus

apa kaitan sotong dengan Piala Dunia 2010 ini..??

ramalan yang dilakukan olehnya

sekarang Paul berada di Oberhausen, Jerman Barat

kononnya, Paul telah meramal keputusan dalam lima perlawanan Jerman sebelum ini dan menarik sekali, kesemua ramalannya adalah tepat

*Paul meramal dengan memilih salah satu daripada dua bendera yang diletakkan di dalam kotak yang mengandungi makanan
*kotak kaca pertama yang dipilih oleh Paul dikatakan sebagai pemenang

setakat ini semuanya tepat terutama sekali semasa Jerman dikejutkan Serbia 1-0 walaupun Jerman dikatakan akan menang oleh pemerhati profesional

tetapi

itu hanya ramalan Paul untuk Piala Dunia 2010

sebelum ini dia juga pernah meramal untuk Euro 2008 tetapi tidak semuanya tepat

*cukup dengan sotong

beralih kepada manusia yang mengikuti perkembangan Paul pula

jangan terlampau mudah percaya

kerana taksub akan menjelma

bila berita seperti ini disebarkan dengan meluas dan tanpa kawalan

isu lain yang akan timbul

lebih-lebih lagi Piala Dunia juga dikaitkan dengan judi [ tidak ada "judi haram" ]

tidak mengira agama

judi ini membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan

*kebaikan itu pun hanyalah ditimbulkan untuk mempertahankan judi itu sendiri

renungi kejadian tuhan ini namun jangan terpedaya dengannya

oh , mungkin tidak perlu dipesan tetapi benda kecil seperti inilah yang akan dilepas pandang oleh kita

** sekali lagi, ramalan Paul tepat setelah Sepanyol menang dengan Jerman

06 July 2010

merenung langit setinggi layang-layang




mungkin ini lagi indah..entahlah
tetapi dunia ini memang indah




banyak keindahan yang aku rasa indah

tetapi bagi aku

pergilah ke sekolah lama anda

pergilah ke padang

cari pokok yang rendang

duduklah di situ

baringkan diri

lima minit , sepuluh minit , ambil selama yang boleh

kosongkan fikiran

itulah definisi keindahan

02 July 2010

satu lagi...pengajaran mungkin..??



mematahkan besi adalah susah untuk manusia biasa macam aku, namun dengan bantuan alatan tertentu, aku mampu...
bolehkah diumpamakan dengan sikap..??




masa memang berlalu dengan pantas

aku selalu bercakap seolah-olah aku menghargai masa dengan sepenuhnya

tetapi tidak

aku selalu kata aku akan mengejar masa

tetapi tidak

aku selalu kata aku akan mendahului masa

tetapi tidak

aku selalu kata orang yang tidak tahu menghargai masa akan rugi

tetapi tidak

banyak tidak

tidak kepada benda positif

aku yang akan rugi

ketinggalan, sentiasa lambat, sentiasa itu, sentiasa ini, kerugian

aku tidak mencari kesempurnaan

namun berusaha kearah untuk menjadi lebih baik adalah tidak salah

sokongan diperlukan

selain keazaman diri

sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri

satu lagi kelemahan aku, tetapi bukan penghalang

semua orang mampu nampak kelemahan orang lain , tetapi diri sendiri..??

*semoga tahun 2 di UKM membawa lebih banyak kebaikan kepada diri sendiri

01 July 2010

FIFA Kombe La Dunia 2010

setiap yang bermula ada pengakhiran

piala dunia 2010 semakin menghampiri penamat

sekarang 8 pasukan masih lagi tinggal

bersaing di suku akhir untuk 4 slot di separuh akhir




the oranje ( orange )




A Selecao ( the selection )




La Celeste ( the sky blue )




The Black Stars




La Albiceleste ( white and sky blue )




Die Mannschaft ( the team )




La Albirroja ( white and red )




La Furia Roja ( the red fury )


masing-masing mempunyai peluang tersendiri

dengan usaha gigih disertai tuah , siapa tahu

Bahati Nzuri

*Swahili