30 October 2009

~monolog eksperimentasi~


salam pemula bicara

minggu ini merupakan minggu final exam saye yang pertama sebagai pelajar UKM

dan sebagai seorang pelajar undang-undang,saya mengakui saya amat takut sebenarnya

dengan peperiksaan

kenapa saya kaitkan dengan status saya sebagai pelajar undang-undang..??

ini kerana saya tidak mempunyai kelebihan untuk bercakap dengan petah sepertimana orang lain

saya juga bukanlah seorang pelajar yang cemerlang

bahkan saya rasa diri saya adalah seorang yang amat kerdil dan sentiasa mempunyai kelemahan untuk diperbaiki setiap hari

lebih-lebih lagi , sebagai pelajar undang-undang , saya mempunyai cabaran yang tersendiri

cabaran untuk berjaya memperolehi ijazah undang-undang dengan kelas pertama yang dilontarkan oleh ayah saya

cabaran daripada diri saya sendiri untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi

cabaran untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang saya ceburi

namun saya bukanlah taksub jauh sekali mengharap

tetapi saya berusaha dan hasilnya adalah apa yang saya usahakan

insyallah

bercakap mengenai final exam

sudah dua subjek telah diharungi yakni kontrak dan perlembagaan

dan insyallah kedua-duanya dapat ku jawab dengan baik

diharapkan subjek yang seterusnya juga dapatku harungi dengan baik

saya cuba mengatasi perasaan takut terhadap exam ini

dengan cuba mencari apa puncanya , penyebabnya asal-usul masalah ini

"saya takut untuk gagal"

itulah jawapannya

saya hilang arah dan cuba mencari panduan

buku demi buku saya belek untuk mencari penyelesaian

dan jawapannya saya perolehi daripada ayah saya ditambah dengan sedikit pengetahuan daripada buku dan nasihat daripada arwah nenek saya...

" bakpo abe nak takut ngan gagal..??"
"abe dok denu blaja ko dok..??"
"abe taw dok ayah jatuh banyak kali sebelum kito hidup selesa gini"
"kito kena gagal dulu baru kito blajar"
"kito blajar daripada kegagalan"
"ambik yang positif,hok negatif kito bue jauh-jauh"
"ingat ko Allah S.W.T, dan Dio ake ingat kito"

arwah nenek saya

"nenek suko tengok abe senyum.......taim kena marah pon , abe senyum.....nenek nok abe senyum sebab nenek akan senyum lepah tengok abe senyum"

motivasi yang terbaik adalah perkara positif daripada pengalaman kita

saya masih belajar dan ingin terus belajar...sesiapa yang ada ilmu , sudikanlah berkongsi dengan saya ek dan tegurlah saya jika saya ada membuat kesilapan..... ^.^

18 October 2009

trilogi makanan : biru



~kuih tradisional kegemaran
-nasi manis atau wajik
-sangat2 manis dan suka disantap saye selepas berbuka
-tapi dah jarang makan selepas nenek kesayangan meninggal.......sangat2 merinduinya

~nasi goreng kegemaran
-nasi goreng kampung
-hidangan yang sangat sedap dan mengenyangkan
-selalunya dipesan sekali dengan telur mata
-saya selalunya tidak akan makan lebih dari sepinggan melainkan kalau emak saya yang menyediakannya
-sememangnya sangat sesuai dimakan di dalam suasana kampung(untuk kepuasan sepenuhnya,dimakan sementara masih panas)


~milo ais
-minuman kegemaran dan yang berkemungkinan tinggi akan dipesan di mana-mana kedai makan yang dikunjungi
-tak manis sangat dan tak tawar sangat
-saya jarang makan sarapan tetapi kalau saya bersarapan,air inilah yang akan menjadi pilihan utama


~jus tembikai
-air buah kegemaran
-sangat menyegarkan dan menyelerakan
-lebih-lebih lagi kalau buah tembikai itu adalah hasil tanaman sendiri dan diminum beramai-ramai bersama keluarga..

03 October 2009

...bile ditanya pasal UKM,ape yang korang tahu..

~tiket Rapid Kl berharga RM 1 dan boleh digunakan sepanjang hari...dengan syarat,tiketnya disimpan dan ditunjukkan apabila tetiba ade spotcheck mengejut
~bas "letak dan naik" boleh digunakan untuk budak2 Kajai ke Pusanika
~Fakulti terbesar adalah fakulti sains sosial dan kemanusiaan yang terletak di tengah2 antara Canseleri UKM dan Pusanika
~Kolej Tun Hussein Onn dikenali sebagai kolej PALAPES/R.O.T.U
~kolej rahim kajai dikenali sebagai kolej sukan
~kolej burhanuddin helmi dikenali sebagai kolej kebudayaan
~kolej keris mas dikenali sebagai kolej SUKSIS
~kolej aminuddin baki dikenali sebagai kolej Akademik
~kolej ibrahim yaakob dikenali sebagai Highlanders
~fakulti undang-undang tidak mempunyai jabatan
~UKM mempunyai 3 pintu masuk utama dimana pintu utama terletak di tengah2..
~satu2 universiti yang mempunyai nama stesen komuter bersempena nama universiti adalah UKM.stesen ini terletak ditengah2 antara Kajang dan Bangi
~Pusanika=Dataran Cendekia
~di Uitm,Vice Chancellor n di Ukm,Naib Canselor
~Fpend itu adalah Fakulti Pendidikan

serba-serbi tentang UKM

26 September 2009

...pantulan Aidilfitri 1430...

~bercakap mengenai raye Adilfitri baru-baru ini,satu je perasaan yang dapat aku nyatakan iatu seronok.
~ini adalah cuti pertama yang digunakan aku untuk pulang ke rumah tercinta yang terletak di Taman Izati,Besut
~perjalanan balik menggunakan bas tambahan Perdana yang menelan kos sebanyak RM48.Walaupun aku xberape ingat,tetapi rase2nya harga tiket dah semakin mahal
~ini adalah pertama kali aku bertolak daripada Hentian Kajang.Sebelum nie,satu2nya hentian yang aku selalu guna adalah Hentian Putra
~Raye pertama diluangkan sepenuhnya di kampung aku,Bachok yang terletak di Kelantan.Bachok adalah bersempadan dengan Besut.
~paginya disebelah atuk sebelah ayah manakala petangnya disebelah atuk sebelah mak
~paginya di kubur atuk sebelah mak petangnya di kubur atuk sebelah ayah
~hubungan aku agak rapat dengan nenek aku,jadi selalunya ade gak a suasana hiba di pagi raya tersebut
~hari2 lain pula digunakan aku untuk melawat member2 lama,ada yg dah nak fly ke luar negara..ade yg sekarang baru aku dapat tengok muka setelah 2-3 tahun terpisah.
~hari2 lain juga digunakan aku untuk melawat rumah cikgu2 lame aku taim sekolah rendah dan menengah..mereka masih macam dulu,baik dan masih lagi cam aku
~hari2 ini akan aku sematkan di dalam memoriku.....=)

20 September 2009

..raye..


~Selamat hari raya

~maaF zahiR daN batiN

~SyaWal 1430

~wacaNa Kurit

11 September 2009

..suka=interest=minat=girang hati..

~aku suka tengok pemandangan alam sekitar
~sebab : aku nak luaskan pandangan di samping tenangkan fikiran dan alam sekitar ini adalah antara benda yg indah kat dunia ini

~aku suka berjalan kaki dan naik bas daripada naik motor dan kereta
~sebab : aku x mempunyai hak milik terhadap mane-mane motor dan kereta di atas muka bumi ini lagi jadi lebih baik kite mempunyai inisiatif sendiri daripada menumpang hak milik orang lain.Tetapi selalu jugak la aku menumpang motor member baik aku...

~kalau bercakap pasal bola,aku adalah peminat tegar Arsenal dan Belanda
~sebab : yang penting,kedua-dua pasukan bemain dengan corak yang menghiburkan tetapi apabila tiba saat genting,yang menyedihkan dan mengecewakan kedua-dua pasukan tidak dapat memperolehi keputusan yang memihak kepada pasukan masaing-masing

~aku sayang mok dan ayoh aku
~sebab : kalau kita x sayang mereka,kite x layak untuk hidup di dunia ini...kalau kite x dengar cakap mereka , kite nak dengar cakap siapa..??tapi jangan terlampau fanatik sangat.Sekarang,ibu bapa aku tengok makin memanjakan anak masing-masing....anak-anak pun apa lagi,menjadikan itu pula alasan mereka untuk berperangai buruk...sendiri fikir yang mana baik dan buruk.

~aku sayang dan menghargai sahabat aku sekarang
~sebab : tanpa mereka,x mungkin aku dapat menempuhi hidup ini kerana hidup ini sangat mencabar..tetapi xdelah sampai ke tahap,kalau xde sahabat,aku akan membunuh diri sebab tertekan dengan hidup ini..kerana ada banyak lagi jalan lain,penyelesaian yang lain...yang kalau kita amalkan..x rugi malah membantu kita semasa berhadapan dengan-Nya nanti...

~aku suka berjalan lebih-lebih lagi ke tempat yang ramai orang seperti pusat membeli-belah
~sebab : aku suka memerhati gelagat orang kerana setiap orang mempunyai gelagat,pemikiran dan personaliti yang berbeza..dan ada setengah benda aku ambil sebagai contoh dan ada setengah benda aku ambil sebagai iktibar

~aku suka termenung
~sebab : entahla,aku pun xtaw bila aku mula mempunyai perangai suka termenung ini..,bila aku termenung,aku memikirkan tentang masalah aku,bila selesai satu masalah,,timbul pula masalah lain,,dan timbul lagi...sampai bila pun xhabis...jadi,aku lebih suka memikirkan benda lain daripada memikirkan masalah2 tersebut,lebih baik aku memikirkan benda lain yang lebih menyenangkan

~aku suka pergi masjid
~sebab : satu2 nya tempat yang boleh membuatkan aku tenang dan aman setakat nie dan insyallah pada masa akan datang...disinila tempat yang paling banyak aku termenung lebih2 lagi selepas mengaji..

banyak lagi benda yang aku suka.....:)
seminggu lagi nak raya...semakin tidak sabar untuk pulang cium tangan mak dan ayah aku

05 September 2009

..Pesta Konvo UKM ke 37..


~ini bukan banner untuk aku....
~selagi tidak tertera Pesta Konvo UKM ke 41
~motivasi untuk berusaha dengan lebih keras